BREAKING NEWS

Gaji Angkatan Tentera Malaysia dinaikkan. Tahniah!!!


Skim kenaikan gaji tentera 2012 yang baru sahaja diumumkan. Ini tiada kena mengena dengan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) kerana skim ini sebenarnya sudahpun dirancang lebih awal lagi.

Berikutan adalah pelaksanaan skim gaji baru Angkatan Tentera Malaysia (ATM) :

  • Kenaikan gaji tentera (pemegang Ijazah Sarjana Muda) daripada RM2,100 kepada RM2,400, sebulan
  • Gaji pokok permulaan anggota tentera berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dinaikkan sekitar daripada RM800 kepada RM1,125 sebulan
  • Anggota prebet muda yang menyertai ATM ketika berusia 18 tahun boleh berkhidmat sehingga usia 45 tahun iaitu perkhidmatan maksimum selama 27 tahun
  • Sejajar dengan Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan ATM perkhidmatan terkanan di negara ini

Gua difahamkan, melalui skim baru ini juga hanya dua kemasukan ke dalam perkhidmatan ATM akan dibuat iaitu melalui SPM dan Ijazah Sarjana Muda dengan semakan ke atas kemasukan kelayakan diploma sedang dilakukan.

Gua ucapkan tahniah kepada sahabat-sahabat gua dalam ATM. Akhirnya naik jugak gaji korang semua ye.

Bagi penjawat awam yang lain tu.., gua harap dapat bersabar sikit. Kenaikan gaji melibatkan cabang lain akan menyusul selepas ini selewat-lewatnya sebelum PRU 13.

Terima Kasih DS Najib dan Datuk Zahid.

1 ulasan :

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online