BREAKING NEWS

David Teo bantah kenyataan Mufti Perlis..?


Gua setuju dengan pandangan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya berkenaan dengan lambakan filem hantu di panggung wayang Malaysia..

Bukan tak boleh buat cerita hantu.., tapi agak-agaklah.. Gua tengok dah sampai merapu sangat sampaikan ada satu filem tu tajuk dia memang tak boleh blah.. 'Hantu Dalam Botol Kicap"..? Tak ke macam gampang tajuk tu beb?

Letak la tajuk 'Hantu Chinadoll dalam CCTV" ke.., "Puaka Sabu di bilik 121" ke.., tak pun 'Keramat Tua di Pulau Melaka" ke... Baru ngeri dan angker kalau orang dengar...

Lagi satu.., kat sini dah jadi satu macam trend.. Kalau ada sorang pengarah buat filem rempit.., pakat semua syarikat perfileman buat filem rempit.. Kalau sorang buat cerita samseng.., semua pulun buat cerita samseng..

Dan kalau musim hantu pulak.., ramai lah yang jadi gila mengarah cerita hantu.. Tu belum kira lagi musim gila berlawak.., habis semua berlumba-lumba hasilkan cerita lawak walaupun ntah apa-apa punya lawak yang dorang buat..

Jadi, bila Mufti sendiri dah tegur tentang perkara ni.., jangan lah ada pulak pengarah yang cuba nak jadi kurang ajar sanggah apa yang Mufti kata.. David Teo tu faham ke apa yang Mufti Perlis maksudkan?

Lu sudah untung juta-juta buat filem dalam negara ni, sekarang lu rasa sudah banyak besar ka sampai cakap Mufti pun lu sanggup bantah?

Ingat sikit sebelum suka-suka nak bantah kenyataan orang yang lebih faham pasal Islam. David Teo.., lu sapa nak argue dengan Mufti Perlis? Jangan sampai orang melayu boikot lu punya filem baii...

Industri filem seram dan hantu di negara ini seperti dianiaya dan sentiasa dipersalahkan jika timbul sebarang isu negatif dalam masyarakat, kata Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth Production Sdn Bhd (MIG) David Teo.

"Sebelum perkembangan pesat industri filem seram dan hantu tempatan, Malaysia terlebih dahulu dilambakkan dengan filem seram dan hantu dari Jepun, Korea, Thailand serta dari Barat (Hollywood).

"Kenapa tidak dipertikai filem itu sebagai punca masalah dalam masyarakat? Saya merasakan seolah-olah filem seram dan hantu tempatan dianiaya dan sentiasa menerima komen buruk (negatif)," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Produksi filem MIG milik Teo, adalah antara produksi filem yang aktif menerbitkan filem berunsur seram dan hantu. Antara filem yang dikeluarkan dan mencapai kutipan pecah panggung ialah 'Ngangkung' dan 'Jangan Pandang Belakang'.

Teo berkata jika tidak ada filem seram dan hantu dikeluarkan produksi tempatan sekalipun, penonton tetap akan menonton filem seram dan hantu luar negara yang memasuki pasaran Malaysia.

Semalam, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dalam kenyataan selepas Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kelima menyifatkan filem atau drama tempatan berunsur seram dan hantu memberi kesan negatif terhadap pembinaan masyarakat yang bertamadun.

Mesyuarat itu juga mencadangkan supaya kerajaan bertindak tegas bagi memastikan filem atau drama tempatan berunsur seram dan hantu tidak lagi memaparkan jalan cerita yang mempersendakan Islam.

Teo yang disifatkan antara penerbit filem yang aktif dalam industri perfileman negara, turut berharap tidak ada pihak yang menuding jari menyalahkan filem dan drama berunsur tahyul, hantu dan seram memberi kesan negatif terhadap pembinaan masyarakat yang bertamadun.

Teo turut menolak dakwaan bahawa filem dan drama seumpama itu mempersendakan Islam dan berkata filem atau drama seram dihasilkan mengikut acuan sesebuah negara.

"Jika dilihat kembali ada juga filem seram dan hantu daripada Jepun, Korea atau Thailand yang memaparkan unsur-unsur Buddhism dalam filem mereka manakala filem dari Barat turut memaparkan unsur-unsur Kristian," katanya.- Bernama

4 ulasan :

  1. kah kah kah kah.. pecah perut gua dengar tajuk cerita yg lu cadang bro.. lu cari la penerbit bikin filem yg lu cadang tu bro.. comfirm box office punya


    Aryan Brotherhood

    BalasPadam
  2. gua setuju kalau teoh buat cerita chinadoll..jangan takut sebab ramai blogger suka tayang cerita chinadoll..sekarang gua dengar blogger dah nak tayang siamdoll pulak dah..erkk gua musykil mufti xnak tegur blogger juga ke hehehe.

    BalasPadam
  3. tegur menegur cadang mencadang antara mufti dan pengarah filem ape salahnya...masing2 ada pandangan masing2. kita kan 1Malaysia. (holydiver@perfect_stranger.com) (",)

    BalasPadam
  4. MEMANG SHIT....X PAHAM PASAL ISLAM MAU ARGUE...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online