BREAKING NEWS

Azizan Razak akan letak jawatan dalam tempoh terdekat???


Khabar angin bertiup kencang di negeri Jelapang Padi, Kedah Darulaman, bila dikatakan Menteri Besarnya Datuk Seri Azizan Razak akan meletak jawatan dalam masa terdekat dari sekarang.

Menurut sumber yang enggan disiarkan namanya, seorang rakannya memberitahu bahawa surat perletakan Azizan sedang disediakan dan beliau akan meletak jawatannya sebagai Menteri Besar dalam beberapa jam lagi.

“MB Kedah nak letak jawatan…,” kata sumber berkenaan.

Bagaimanapun, sumber tidak dapat memastikan kesahihan maklumat yang diperoleh dari Pejabat Menteri Besar itu, di Wisma Darulaman sekitar jam 4 petang semalam.

Azizan kini dihentam teruk oleh beberapa pemimpin Pakatan Rakyat ekoran isu penggantungan lima orang pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang dikatakan menyebelahi semangat AUKU yang disifatkan sebagai zalim oleh pemimpin gabungan parti pembangkang itu.

Antara yang vokal meminta Azizan meletak jawatan sebagai Menteri Besar ialah bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Aziz Bari, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) pimpinan tokoh Parti Keadilan Rakyat, Chegu Bard, dan Pemuda DAP Pulau Pinang, Steven Sim.

Sebelum ini, Azizan pernah mengaku didesak oleh penyokong Pas Kedah untuk meletakkan jawatan ekoran ketidakpuasan hati mereka kepada corak pentadbiran beliau yang dikatakan ‘ala-ala Barisan Nasional’ dan tidak melakukan apa-apa perubahan seperti di Kelantan.

“Perkara itu sudah lama, ketika itu kita baru saja mengambil alih Kedah. Takkanlah saya nak buat perubahan drastik sedangkan baru memerintah negeri.

“Situasi kedua-dua buah negeri berbeza, penerimaan pun mungkin berbeza kerana Kelantan majoriti penduduknya Melayu,” jelas Azizan pada ketika itu.

Azizan merupakan Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah dan dilantik menjadi Menteri Besar setelah memenangi pilihanraya negeri itu pada Pilihanraya Umum ke-12 yang diadakan pada Mac 2008. - KL Today

2 ulasan :

  1. Hebat Anwar & PKR. Sorang demi sorang pemimpin PAS yg x berkenan dgn Anwar disingkirkan!!

    NURUL IZZAH TAK BERANI ANGKAT MUKA DEPAN PENDUDUK PPR!!Baca di sini!!

    http://apakecoh2.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. Anwar memang hebat,malah dalam umno sendiri pun ramai jugak pengikutnya...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online