BREAKING NEWS

Tukang Gunting rambut seluruh Malaysia akan BOIKOT UMNO!!!


Gua terbaca pasal rungutan seorang tukang gunting rambut dalam satu blog lembu PAS.. Kononnya, pendapatan dia merudum akibat dari program gunting rambut percuma sempena buka sekolah.

Dan lebih menyayat hati gua, kononnya UMNO lah jadi punca pendapatan tukang gunting rambut tu merudum sebab dorang kata UMNO saja yang buat program gila macam tu..

Korang baca cerita dibawah ni pasal rungutan tukang gunting tersebut..

Beberapa orang tukang gunting di sekitar bandar Teluk Intan merungut kerana pendapatan mereka pada penghujung cuti sekolah kini merosot begitu banyak. Ini adalah akibat daripada program seorang pemimpin UMNO bahagian Teluk Intan yang telah mengadakan program gunting rambut percuma kepada murid-murid sekolah yang tanpa disedari telah menjejaskan periuk nasi sesetengah tukang gunting di sekitar bandar Menara Condong ini.

Menurut sumber, program gunting rambut tersebut adalah ditaja sepenuhnya oleh 'orang nombor dua' UMNO Teluk Intan yang mana beliau sendiri mengaku bahawa telah menggunakan kewangannya sendiri di mana orang ramai melihat ia adalah sebagai satu usaha mempromosi supaya beliau menjadi calon di DUN Changkat Jong.

Menurut salah seorang tukang gunting yang ditemui yang hanya mahu dikenali sebagai Hadi berkata, semenjak program tersebut dijalankan, pendapatan hariannya telah terjejas teruk. Biasanya, pada penghujung cuti sekolah ini, saya akan mendapat ramai pelanggan terutamanya murid-murid sekolah dan memperoleh purata pendapatan RM200 sehari.

"Namun amat menyedihkan bagi saya dan rakan-rakan tukang gunting yang lain. Semenjak program gunting rambut percuma dijalankan, saya hanya mendapat pendapatan sekitar RM40 sehari sahaja. Sedangkan saya sendiri seperti ibu bapa yang lain memerlukan wang lebih untuk persiapan anak-anak ke sekolah nanti," keluh beliau.

Menurut Hadi lagi, mereka bukan tidak bersetuju dengan program kebajikan itu tetapi biarlah pelaksanaannya memberi manfaat kepada semua pihak. - Intan Hijau

Gua syak si tukang gunting rambut tu memang penyokong PAS totok.. Sebab tu lah dia hanya tau tuduh UMNO saja..

Padahal.., dah 2-3 tahun PAS buat kerja yang sama iaitu program gunting rambut secara percuma kepada budak-budak sekolah.. Apasal dorang tak bising masa tu?

Tengok gambar kat bawah ni.., siap gunting sendiri lagi tanpa gunakan tukang gunting rambut biasa.. UMNO kira oklah jugak sebab dorang upah tukang gunting profesional..




So.., kesimpulan yang gua dapat disini ialah.., definasi bangang tu memang tercipta untuk puak-puak penyokong Nik Aziz..

Siang malam dorang asyik berzikir nama UMNO untuk dipersalahkan.. Padahal rezeki tu ditangan Tuhan beb.. Dah lupa tuhan ke bila rezeki tak datang macam biasa?

Mati nanti, kalau malaikat tanya dalam kubur, semuanya puak-puak ni akan salahkan UMNO.. CONFIRM!!!

3 ulasan :

  1. ORANG X BOLEH BUAT PROGRAM MACAM TU SALAH, PUAK2 HARBI X APA, MUNAFIK SUNGGUH

    BalasPadam
  2. Lembu betul lah,macamlah rezeki di tentukkan oleh umno,,kalau dah pas,ia tetap pas juga sehingga jadilipaspun tetap pas,,memey err

    BalasPadam
  3. ini ke bukti puak2 pas beriman? bukan ke depa mengaku sangat beriman berbanding org lain???

    yg nampak adalah puak2 yang tak reti bersyukur. tak reti qada dan qadar. tak reti rezeki kita dah ditentukan sebegitu rupa..

    malu la wei jika dia benar2 org pas!

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online