BREAKING NEWS

TERKINI!!! PAS Johor serahkan kerusi pada DAP.


PAS Johor mengesahkan bahawa partinya bersetuju untuk memberi laluan kepada DAP di DUN Tenggaroh, Johor dalam pilihan raya umum akan datang. Sementara itu, DAP turut memaklumkan bahawa partinya akan meletakkan seorang calon keturunan Melayu untuk bertanding di kawasan itu.

Ketua Penerangan PAS Johor Mazlan Aliman mengesahkan bahawa PAS berjanji untuk memberi laluan kepada DAP di kawasan yang mana lebih 80% pengundinya terdiri daripada Melayu, yang kebanyakannya terdiri daripada peneroka FELDA.

Mazlan menambah, untuk Barisan Nasional, DUN Tenggaroh dimiliki MIC, dan ini peluang untuk Pakatan Rakyat menunjukkan kerjasama antara PAS dengan DAP.

Ini kawasan pertama yang dikesahkan setelah dikhabarkan bahawa perubahan akan berlaku dalam beberapa kawasan yang ditandingi parti komponen Pakatan Rakyat, menjelang PRU 13.

DAP, sebuah parti politik yang lebih tumpu untuk bertanding di kawasan bandar, kini akan bertanding di kawasan FELDA di pedalaman.

Pengerusi DAP Johor Boo Cheng Hau (gambar kiri) membuat pengumuman dalam Mesyuarat Agung DAP baru-baru ini, bahawa persetujuan telah dicapai antara PAS dan DAP, di mana PAS akan memberi laluan kepada DAP di satu kawasan yang asalnya ditandingi PAS.

Boo Cheng Hau mengesahkan bahawa DAP akan meletakkan calon Melayu untuk menyarung jersi DAP di situ.



p/s: Betullah macam semua orang kata.., DAP sekarang ni dah ganti PAS.. Sapa yang untung??? Tentulah komunis DAP beb... Bodoh punya PAS!!! Hahahaha...

3 ulasan :

  1. kalau dh balaci, tetaplah balaci!

    BalasPadam
  2. apa bodohnya.. undi pas masuk syurga, undi sekutu pas pun boleh masuk syurga... tapi syurga pas le. orang bodoh, bangang, bahlol dan sesat je yang cakap masuk syurga Allah.
    -semangat-melayu-

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online