Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Sham Kamikaze nafi kawin dua..
Comments : 1
Kekadang gua rasa heran.., salah sangat ke berpoligami ni sampaikan ada pihak yang pandang buruk sangat.. Mendirikan masjid tu beb, bukannya buat dosa pun..
Tapi kalau tak berpoligami dan dituduh buat macam tu, memanglah sapa pun tak boleh terima.. Itu cari nahas namanya.. Mengamuk bini nombor satu nanti kang...
Samalah macam Sham Kamikaze ni.. Tak pasal-pasal je kena tuduh berkahwin dua.., padahal rezeki dia untuk 'buat masjid baru' tu masih belum sampai lagi..
Bekas pemuzik yang kini bergelar pendakwah bebas, Sham (Kamikaze) menolak dakwaan terbaru yang mengatakan dia kononnya kini memiliki dua isteri selepas bernikah secara senyap-senyap di Pulau Pinang, baru-baru ini.
Menyifatkan tuduhan itu sebagai fitnah yang melampau, Sham atau nama sebenarnya Shamril Mohamed Salleh, 36, berkata dia berasa sedih dan terkilan apabila khabar angin itu disebarkan sedangkan dia tidak lagi terbabit dalam dunia hiburan.
“Apabila saya mendapat tahu tentang cerita ini (berkahwin dua), saya berasa sangat sedih dan terkilan. Kalau dulu, sebelum saya ‘berhijrah’, saya fahamlah gosip begini adalah lumrah dunia artis.
“Namun, mengapa saya yang tidak lagi berkepentingan dalam dunia hiburan ini masih lagi menjadi sasaran gosip dan fitnah?” katanya kepada mStar.
Betul apa yang Sham tu kata beb.., tak baik buat fitnah ni.. Sham tu dah 'insaf' dari dunia artis.., dah jadi baik punn.. Jadi janganlah fitnah dia kawin lagi satu..
Kalau nak doakan jodoh dia tu takpalah.., fitnah je jangan.., berdosaaa...
Sham juga berkata, apa yang membimbangkan adalah persepsi masyarakat terhadap dirinya yang baru terbabit dalam bidang dakwah hampir setahun yang lalu.
“Saya bimbang apabila memikirkan pandangan dan reaksi masyarakat apabila cerita ini tersebar. Tidakkah orang yang menyebarkan cerita itu tahu menyebarkan fitnah adalah dosa besar?
“Bagaimana jika masyarakat menganggap saya menggunakan platform dakwah itu untuk kepentingan peribadi?” katanya.
Sham yang juga bekas pemain gitar kumpulan rock Kamikaze kini bergerak aktif sebagai pendakwah bebas dengan memenuhi pelbagai jemputan ceramah di seluruh negara.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
KALAU MAMPU DAN BOLEH BERLAKU ADIL, BIAR JE LA. DAH REZEKI DIA..TOKSAH LE NAK HEBOH SANGAT..
BalasPadamDARIPADA MAKAN LUAR DAN KANTOI DIRAKAM OLEH BESI, LAGI HARU..
HEHEHE