Wohaaa!!! Dah makin advance nampaknya PAS di negeri Pok Nik tu.. Dah pandai buat Ladies Night sekarang yee..
Lepas tu ada pulak program nyanyi-nyanyi bagi menghiburkan hati.. Kononnya untuk mencungkil bakat di kalangan wanita Kelantan..
Baguslah tu.. PAS dah tunjukkan dorang betul-betul ikhlas nak berkawan dengan DAP dan sanggup jadi liberal..
Di Kelantan sekarang ni kalau korang tengok, dah ada macam-macam yang dulunya diharamkan sama sekali oleh PAS..
Konsert Jom Heboh dah ada.., Konsert tahun baru pun adaa.., Program Bina Badan pun adaaa..,
Dan terbaru ni, Ladies Night pun dah adaa... Cayalah Pok Nik!
Mungkin ni gaya transformasi baru Nabi PAS.. Hahahaha...
Artis baru yang terkenal dengan lagu ‘Cinta Muka Buku’ Najwa Latif bakal membuat persembahan di Kelantan sempena program ‘Kelantan Got Talent, Ladies Night’.
Program tertutup khusus untuk golongan wanita sahaja itu akan diadakan di Kelantan Trade Cantre kira-kira 2.30 petang dan pukul 8.45 malam untuk Ladies Night, pada 23 Januari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar (gambar) ketika memberitahu media berkata, program berkenaan dianjur bertujuan untuk mencari bakat-bakat baru dalam hiburan.
“Saya sedar ramai anak-anak kita serta kaum wanita kita yang boleh menyanyi atau membuat persembahan, cuma bakat saja tidak dicungkil.
“Program ini kita anjur juga untuk menghibur kaum wanita, kerana hiburan itu fitrah manusia yang memerlukan hiburan, cuma program ini tertutup macam biasalah khusus untuk kaum wanita sahaja,” ujarnya lagi.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri majlis rebranding Perdana Resort oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semalam.
Katanya lagi, majlis itu bermula jam 2.40 petang dan ianya terbuka kepada kaum wanita berusia 15 tahun ke atas, termasuk rakan media di kalangan wanita. - Harakah
hiburan tertutup utk wanita di Kelantan..nampak gaye para pekerja lelaki kat tempat majlis tersebut kena ambil cuti atau attachment kat tempat lain
BalasPadamtulla tu bro. Bagus ape, buat utk perempuan jer. Kalu tertutup utk perempuan jer hukum dia harus bukan haram.... diulangi utk perempuan sahaja. Aku benci pas tapi aper yg bagus dia org buat kita kena bg kredit gak.
BalasPadambagus ape pas buat cam nie.... lagi pon laki pon x de kat sane,,, spatutnye kite haruslah bagi sokongan bukannya larangan,,
BalasPadamgambar ladies night dlm blog ni pun rekaan dan fitnah...bukan gambr dgn kartun seksi sebegitu...tambhan pula, program tertutup utk WANITA SAHAJA...PA sistem pn WANITA yg handle.....tiada video dibenar dirakam, hnya penganjur yang boleh rakam...Berhibur tiada salahnya, yang salah apbila melampau dan bercampur aduk dgn maksiat!
BalasPadammemang semuanya perempuan, tiada seorang lelaki ajnabi pn dlm majlis tersebut, dari juru gambar, PA system, pengawal semuanya wanita...malah artis jemputan Nana sendiri kagum & tidak pernah mendapat jemputan utk membuat persembahan didepan wanita seperti ini...klu x ikut perkembangan & x ada dlm majlis tu jgn nk buat kesimpulan yg merendahkan pemikiran kita...
BalasPadamMaybe admin ni xpaham kot or xreti nk bace.. UNTUK PEREMPUAN SAHAJA.. Xsalah rasenye utk perempuan berhibur sesame mereka.. lagipun xde lelaki ok..
BalasPadam