BREAKING NEWS

Nyamuk Gergasi ditangkap dalam Masjid..

Gambar Hiasan..

Penduduk di Kampung Sumarran di Sulawesi Barat digemparkan dengan kehadiran seekor nyamuk gergasi berukuran tujuh sentimeter dan mempunyai sayap berukuran 2.5 sentimeter.

Haiwan tersebut ditemui bersama kumpulan nyamuk lain di sebuah masjid ketika para jemaah mahu menunaikan solat Maghrib. Para jemaah kemudiannya menangkap nyamuk itu beramai-ramai.

Penangkapan nyamuk itu dipercayai merupakan yang terbesar di Indonesia dan haiwan tersebut disimpan di rumah seorang daripada penduduk.

Penduduk kampung, Harli Mulyadi berkata, dia bimbang haiwan tersebut membiak di kampung tersebut yang pernah dilanda kes demam denggi berdarah dan cikungunya.

"Jika nyamuk ini membiak di daerah ini, ia akan mengancam keselamatan dan kesihatan penduduk di sini," katanya kepada news.okezone.com.

Katanya lagi, kampung tersebut merupakan sebuah kawasan yang memiliki suhu lembap, sekali gus berpotensi untuk pembiakan nyamuk.

Penduduk kampung juga berharap kerajaan dan Kementerian Kesihatan dapat menyelesaikan masalah itu dengan melakukan penyemburan asap bagi menghapuskan pembiakan nyamuk gergasi berkenaan.

2 ulasan :

  1. untunglah buat kenduri tangkap nyamuk..haha

    BalasPadam
  2. mana datang spesis luar biasa ni, bayangkan kalau dia mengigit, kalau di sembur ridsect mungkin pelu setengah tangki kot.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online