BREAKING NEWS

Majlis peguam sokong homoseksual di Malaysia..


Patutlah Majlis Peguam/ Bar Council sokong bukan main supaya Anwar jadi PM di negara ni, rupanya dorang pun sama macam Anwar yang menyokong perlakuan Homoseksual..

Sebelum ni Ambiga selaku wakil Majlis Peguam menganjurkan Seksualiti Merdeka. Dorang tuntut kebebasan seks dan kebebasan indentiti jantina..

Kalau ikut puak-puak tu, Malaysia lepas ni akan jadi negara yang mengamalkan seks bebas.. Pondan dengan tomboy pun dah jadi 'halal'..

Penyokong Pakatan tentu suka kalau semua tu jadi di Malaysia..

Seorang ketua biro Utusan Malaysia hari ini mempersoalkan tindakan Majlis Peguam “menyokong” homoseksual dalam kalangan rakyat Malaysia, dan menggelarnya “gelombang songsang” yang berkembang dan diterima masyarakat dunia.

Noraini Razak, editor berita di akhbar harian berbahasa Melayu itu sehingga bulan lepas, menuduh peguam-peguam tersebut menyokong kumpulan gay, lesbian, dan transgender, sedangkan Malaysia merupakan negara ke 70 daripada 195 negara yang mengharamkan homoseks.

“Secara jujurnya, sangat aneh apabila gelombang menyimpang yang dipertahankan oleh kumpulan (Seksualiti Merdeka) mendapat sokongan daripada NGO tempatan termasuk Majlis Peguam,” Noraini menulis dalam kolumnya hari ini.

Seksualiti Merdeka, merupakan satu pergerakan yang memperjuangkan kebebasan orientasi seks dan identiti jantina, telah dihalang oleh pihak berkuasa daripada menganjurkan festival tahun lepas walaupun sudah melakukan acara tahunan itu sejak 2008.

Penganjur festival berkenaan telah memfailkan semakan guaman awal bulan ini terhadap pengharaman tersebut dan mengatakannya “tidak berperlembagaan, salah, dan tidak demokratik.”

Noraini, yang kini merupakan Ketua Biro Putrajaya, memetik Professor Salleh Buang, seorang ahli akademik yang menyatakan “antara 12,000 pengamal undang-undang di negara ini pastinya terdapat ramai yang beragama Islam. Kenapa suara mereka tidak kedengaran?”

“Salleh mempersoalkan sama ada negara ini mampu untuk mempertahankan kepercayaan dan pegangannya daripada gelombang songsang ini? Dan sekiranya mampu, untuk tempoh berapa lama, terutamanya dengan kemunculan kumpulan yang aktif memperjuangkan liwat di keluarkan daripada senarai kesalahan berat dalam Kanun Jenayah?

“Selain itu, terdapat juga sokongan dalaman daripada pakar perundangan negara. Bagaimana pula sokongan daripada kerajaan menangani gelombang ini, gelombang songsang ini,” soal editor tersebut.

1 ulasan :

  1. nak buat camna...jgn2 ambiga pun lesbian gak gamak nye...hihihihiii....

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online