BREAKING NEWS

Forum SEKS kena serbu di Perak.


Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), semalam menyerbu sebuah banglo di sini yang dijadikan lokasi forum kempen Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam oleh Kelab Taat Suami (KTS) yang didakwa dianjurkan sempena sambutan Maulidur Rasul.

Ketika serbuan, kira-kira 50 ahli KTS dan Global Ikhwan Sdn Bhd, iaitu syarikat yang ditubuhkan oleh bekas ahli kumpulan haram al-Arqam, tergamam apabila sepasukan anggota penguatkuasa JAIPk menyerbu mereka.

Dalam serbuan kira-kira jam 4.15 petang di kawasan perumahan mewah di Persiaran Harimau itu, 10 anggota penguatkuasa JAIPk yang menaiki dua van merampas komputer riba dan poster berkaitan kempen berkenaan serta mengambil keterangan daripada peserta.

Pengarah JAIPk, Mohd Yusop Husin, ketika dihubungi malam tadi mengesahkan serbuan itu dan pihaknya masih menyiasat kes berkenaan.

Namun, serbuan dipercayai ada kaitan dengan kempen yang dikatakan merendahkan kedudukan Nabi Muhammad SAW, selain mengelirukan orang ramai khususnya umat Islam.


Siasatan juga bagi menentukan kegiatan kumpulan itu ada unsur-unsur Aurad Muhammadiyah kerana keseluruhan ahli KTS dan syarikat terbabit adalah bekas ahli al-Arqam, selain ada gambar besar pengasas kumpulan itu, Ashaari Muhammad yang telah meninggal dunia dalam premis berkenaan.

Sementara itu, KTS menjemput wartawan untuk menghadiri persidangan media mengenai program yang pada mulanya dijadualkan pada waktu pagi tetapi ditunda waktu petang.

Namun, sesi berkenaan bertukar kepada sesi soal jawab bersama Ahli Lembaga Pengarah Global Ikhwan Sdn Bhd, Ahmad Bakhtiar Ahmad dan Hamdan serta empat ahli KTS Perak.

Ahmad Bakhtiar berkata, kempen itu bermula semalam sempena 1 Rabiulawal dengan acara kemuncaknya ketika sambutan Maulidur Rasul pada 5 Februari yang bertujuan menampilkan Rasulullah sebagai tokoh hebat yang perlu dicontohi dalam semua aspek, termasuk kemampuannya memuaskan hati semua 11 isterinya.


p/s: Mana hilangnya Ostad Taliban PAS Perak yang sebelum ni bukan main hentam Tok Mufti? Takkan hilang suara kot bila Rasulullah SAW dihina oleh Kelab sesat ni?

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online