BREAKING NEWS

Anwar sokong Israel sebab nak bodek Amerika..


PERKASA melalui Presidennya Datuk Ibrahim Ali, telah menyelar Anwar Ibrahim kerana memutarbelitkan isu kenyataan berkaitan negara Israel yang dilaporkan media antarabangsa.

"Kami akan clarify (perkara ini) dalam sesi parlimen akan datang. Saya akan bangkitkan perkara ini jika dia berkata begitu.

"Dia menyalahkan orang lain kerana twist kenyataan dia. Tetapi kenyataan dia, semuanya dirakam. Saya tidak terkejut," kata Ibrahim dalam sidang media selepas Majlis Sambutan Tahun Baru Cina anjuran PERKASA di Kuala Lumpur semalam.

Katanya, dalam wawancaranya dengan media antarabangsa Khamis lalu, Anwar menegaskan kemahuan dan hak rakyat Israel juga perlun dihormati.

Anwar berkata, pandangannya sejajar dengan prinsip PKR yang menjunjung keadilan sejagat dan tegas membela hak yang dizalimi, serta selari dengan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab berteraskan "Penyelesaian Dua Negara".

Mengulas lanjut, Ibrahim Ali mengaku terperanjat dengan kenyataan Anwar sepertimana yang dilaporkan.

Dakwanya, kenyataan Anwar itu adalah sama seperti polisi Amerika Syarikat sedangkan Malaysia tidak menerima Israel dan tindakan mereka.

Ibrahim menegaskan bahawa Anwar mengeluarkan kenyataan demikian bagi "memuaskan hati" Amerika Syarikat, kerana secara politiknya, beliau didakwa memerlukan sokongan negara kuasa besar itu.

"Marilah kita memikirkan mengenai nasib negara Palestin terlebih dahulu, sebelum memikirkan perkara yang lain," katanya.


p/s: Bodohlah pencacai-pencacai Pakatan kalau masih percayakan Anwar.. Israel pun Anwar sokong.., takkan tak nampak lagi kot?

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online