BREAKING NEWS

Ulama HARAMKAN pisang dan timun untuk wanita..


KAHERAH: Seorang ulama yang tinggal di Eropah menasihati wanita supaya menjauhi pisang atau timun dalam usaha untuk mengelak sebarang pemikiran seksual.

Ulama yang tidak mendedahkan nama itu berkata jika wanita mahu memakan makanan berkenaan, pihak ketiga seorang lelaki yang mempunyai hubungan dengan mereka seperti bapa atau suami perlu memotongnya kepada kepingan kecil dan menghidangkan kepada mereka.

“Buah-buahan atau sayur itu mempunyai bentuk seperti kemaluan lelaki dan boleh membuatkan mereka memikirkan mengenai seks,” katanya yang dipetik laman berita el-Senousa.

Beliau berkata sayur seperti lobak merah dan zucchini turut disenaraikan sebagai makanan yang dilarang kepada wanita. Ulama berkenaan ditanya bagaimana untuk mengawal wanita apabila mereka keluar membeli belah barangan runcit dan jika membeli barangan ini di pasar akan memburukkan mereka.

Beliau menjawab bahawa perkara itu adalah urusan antara mereka dan Tuhan. Ditanya mengenai apa yang perlu dilakukan jika wanita dalam keluarga menyukai makanan terbabit, sheikh berkenaan menasihatkan supaya makanan itu dipotong di tempat yang tersembunyi yang tidak boleh dilihat wanita berkenaan sebelum diberikan kepada mereka.

Pendapat berkenaan telah mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan umat Islam terutama di talian apabila beratus-ratus komen dilihat sebagai mengejek ulama itu.

Seorang pembaca berkata pemimpin agama seperti ini memberikan nama buruk kepada Islam manakala komen lain berkata ulama berkenaan perlu berhenti dari jawatannya dengan segera.

Pada masa sama beberapa pihak mendakwa ulama terbabit sengaja cuba meraih populariti tetapi tiada sebarang kenyataan jawapan daripada ulama terbabit. – Agensi


p/s: Gua ingat "ulamak" dalam PAS saja suka buat "fatwa" yang bukan-bukan, rupanya ada juga spesis tu di luar Malaysia.. Haru biru sungguh !!!

3 ulasan :

  1. Hahaha, apa pula dgn hukum lelaki makan Oyster? Dan hukum makan betik? Mcm2 yek....

    BalasPadam
  2. Itu takpa kot sebab ulamak yang keluar fatwa tu adalah lelaki jugak.. Hahahaha..

    BalasPadam
  3. hahahaha, tapi mcm mana lak kepada lelaki2 yang songsang sikit nie. Yang species suka terung dan timun nie. Pun patut dilarangkan...hahaha

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online