BREAKING NEWS

TERKINI !!! Nik Aziz diiktiraf NABI POLITIK pertama dalam dunia..


Baru-baru ni, seorang penceramah PAS, Shamsul Zaman Sukri telah menyamakan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz dengan Nabi sebagaimana didedahkan melalui rakaman video di Youtube.

Kalau korang tengok video tu, budak Shamsul Zaman tu secara jelas berkata.., “Nabi-nabi ini orang alim, orang alim ulama itu nabilah tapi bila kita kata Tok Guru Nik Aziz itu nabi, orang kata sesat pula ambo (saya). Orang kata sesat (sebab) kata Tok Guru Nik Aziz nabi.."

“Sebenarnya orang alim itu nabi dah. Ulama-ulama itu waris nabi dah, maknanya bila tidak ada nabi, dia (Nik Abdul Aziz) nabi dah.”


Sebenarnya, gua rasa penceramah PAS tu dah terlampau taksub pada Nik Aziz.. Dan dia juga nampaknya dah salah dalam memahami hadis yang berbunyi "ulama itu pewaris nabi".

Memang betul ulama itu adalah pewaris nabi, tetapi ia bukanlah bermakna ulama tu adalah nabi.. Ulama hanyalah mewarisi tugas kenabian untuk berdakwah kepada umat manusia, bukan mewarisi kenabian itu sendiri..

Dan juga.., ulama patut sedar dia mewarisi tugas seorang nabi untuk mengajak manusia tunduk kepada Allah.. Bukannya menggunakan kepandaiannya untuk berpolitik mengejar pangkat serta gelaran didunia..

Sabda Nabi SAW yang bermaksud... "Sesungguhnya tiada Nabi lagi selepasku.., yang ada selepas ini adalah Khalifah-Khalifah "

Puak-puak pengikut PAS patut sedar bahawa ulama itu bukan nabi kerana nabi dilantik oleh Allah swt sendiri.. Mana ada manusia boleh lantik Nabi beb..

Jangan ingat suka-suka hati mak bapak dorang boleh lantik seseorang tu sebagai Nabi hanya kerana dia berlakon warak dan berpakaian macam kaum arab..

Dan lagi satu, mana ada Nabi yang bertanding dalam pilihanraya..? Tapi Nik Aziz yang dikatakan jadi Nabi PAS tu merenyam dan kemaruk sungguh nak jadi calon walaupun umur dah makin senja..

Walaupun umur dia dah lebih 80 tahun, tapi hawa nafsu dia untuk kejar kuasa dan pangkat masih belum padam.. Itu ke yang nak dikatakan manusia bertaraf NABI??


Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online