BREAKING NEWS

Pelajar Unisel bunuh diri.. Adakah kerana malu dengan perbuatan Adam Adli..??


Tanda tanya seorang pelajar tercium bau busuk yang disangkakan tandas asrama rosak akhirnya membongkar kepada penemuan mayat lelaki tergantung di kipas siling dipercayai bunuh diri di Universiti Industri Selangor (Unisel) Bestari Jaya, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.20 malam di asrama lelaki universiti itu, pelajar lelaki berusia 19 tahun, V Rammath Naidu, ditemui tergantung di kipas siling menggunakan selimut dengan hanya memakai tuala mandi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri A Wahab berkata, sebelum itu seorang pelajar yang baru melapor diri dan tinggal di bilik bersebelahan mayat berkenaan ditemui, curiga dengan bau busuk.

“Pelajar itu baru saja melapor diri pada Jumaat lalu. Pada mulanya dia tidak menghiraukan bau busuk kerana menyangka tandas asrama rosak.

“Bagaimanapun, kelmarin dia yang sudah tak tahan lagi dengan bau itu meminta bantuan rakan lain untuk menolak pintu bilik sebelahnya yang tertutup sebelum terkejut apabila menemui mayat seorang lelaki yang sudah berbau dalam keadaan tergantung di kipas siling.

“Ketika ditemui mayat berkenaan tergantung menggunakan selimut dan hanya memakai tuala. Pelajar yang menemui mayat itu kemudian melaporkan kejadian kepada universiti itu sebelum kes dilapor kepada polis,” katanya.

Mohd Asri berkata, motif kejadian masih disiasat tetapi polis tidak menolak kemungkinan kejadian berkaitan putus cinta.

Menurutnya, siasatan awal mendapati pelajar yang ditemui tergantung itu dipercayai sudah mati sejak empat hari lalu kerana baru saja melapor diri pada Rabu lalu. “Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tanjung Karang untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya yang bergegas dari Sungai Petani, Kedah pagi tadi (semalam) sejurus menerima berita itu.

“Setakat ini polis mendapati tiada unsur jenayah dan mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut, namun siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkannya di mana-mana balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor di talian 03-32891222 untuk membantu siasatan. - Harian Metro

1 ulasan :

  1. Mohon komen, tuan empunya blog...

    Anak2 muda yg tengah belajar di universiti ramai yang mengalami tekanan perasaan. Lebih baik tolong mereka daripada memperjuangkan kebebasan akademik yang tak perlu dibangkitkan, yang dah memang sedia ada. Lebih baik memperjuangkan universiti yang kurang tekanan, mesra pelajar dan lebih mesra anak muda. Ramai penghidap kemurungan adalah di kalangan anak muda.

    Kasihan mereka... dan ada di antara mereka berisiko untuk membunuh diri. Lebih baik memperjuangkan isu hidup dan mati sebegini daripada isu2 yang kurang penting seperti yang diperjuangkan segerombolan anak muda seperti Adam Adli dan gerombolannya.

    Dan ingin diingatkan, kemurungan tidak bersangkut paut dengan politik, namun semua pihak perlu ambil berat. Jangan perjuang perkara yang belum tentu pasti, lebih baik fokus tentang masalah sedia ada.

    Saya pernah mengalami keadaan tersebut, dan apa yang golongan ini perlukan adalah masa dan kasih sayang. Mereka tidak gila, tapi boleh bertindak agresif. Jika kawan anda mengalaminya, bantu mereka.~satu pesanan~

    TQ tuan.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online