BREAKING NEWS

HINA ISLAM !!! Buku Lee Kuan Yew DIHARAMKAN oleh Jakim.


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengharamkan buku terbaru bapa pengasas Singapura, Lee Kuan Yew, yang menggesa agar Muslim republik itu supaya tidak terlalu “ketat” dalam amalan prinsip-prinsip Islam.

Buku “Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going” yang merupakan koleksi temu bual dengan beliau, diterbitkan Januari lalu, disenaraikan sebagai antara 15 terbitan yang “diperakukan haram” oleh Jakim dua bulan lalu.

Perakuan itu akan dibawa ke Kementerian Dalam Negeri untuk membuat keputusan.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Jakim mengesahkan keputusan itu diputuskan pada mesyuarat jawatankuasa penapisan bahan-bahan penerbitan berunsur Islam Jakim, Oktober lalu.

Pada 9 Februari lalu, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, ketika itu ketua pengarah Jakim berkata, Lee sememangnya seorang negarawan yang hebat kerana berjaya memajukan Singapura.

Malangnya, kata Wan Mohamad Sheikh, beliau kurang berjaya dalam membangunkan minda keseluruhan rakyat kerana masih terpengaruh dengan landskap 1960-an yang penuh dengan prejudis dan prasangka terhadap penganut Islam.

“Sudah tentu Lee Kuan Yew juga tidak tergamak merosakkan agenda dan pendekatan harmoni yang sedang dibawa oleh Perdana Menteri Singapura sekarang.

“Di samping itu, zaman menyimpan perasaan cemburu tidak berasas kepada negara jiran sudah pun berlalu dan tidak perlu dibangkitkan kerana zaman Lee Kuan Yew juga sudah menjadi sejarah. Sisa usia yang berbaki elok dimanfaatkan untuk mewujudkan rantau yang harmoni,” katanya lagi.

Lee, 88, yang pernah berkhidmat sebagai perdana menteri yang pertama, menteri kanan dan menteri mentor Singapura sebelum bersara Mei lalu berkata dalam buku itu bahawa Muslim di Singapura, dari segi sosial, telah berpisah dan menjauhkan diri mereka dan oleh itu, mereka perlu kurang “ketat” dalam amalan mereka demi membantu integrasi dan proses bina negara negara pulau itu.

Pandangan itu mencetuskan rasa tidak senang di kalangan masyarakat Melayu dan umat Islam di Singapura dan juga di Malaysia.

Ekoran protes itu, beliau menarik kenyataannya Mac lalu - beberapa bulan sebelum pilihan raya umum.

Anaknya, Lee Hsien Loong yang kini mengetuai parti pemerintah Parti Tindakan Rakyat (PAP) hanya memperoleh undi kurang kurang 60 peratus pada pilihan raya umum tahun ini, keputusan paling buruk dalam sejarah negara itu.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online