BREAKING NEWS

Hakim akan MASUK SYURGA kalau bebaskan Anwar..


Mana-mana hakim khasnya yang beragama Islam harus berlaku adil dalam memutuskan sesuatu kes yang dikendalikannya, kata bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Dr Muhammad Nur Manuty.

Dr Muhammad Nur yang Ketua Penerangan KEADILAN berkata, dalam Islam jelas digariskan tentang keperluan hakim memutuskan sesuatu kes tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

Beliau ditanya mengenai perbicaraan membabitkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan diputuskan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari depan.


“Setinggi-tinggi darjat manusia di sisi Allah pada hari kiamat ialah orang yang adil sepertimana diriwayatkan Abu Hanifah dalam Kitab Minhaj As-Solihin,”

“Ciri-ciri hakim yang adil seperti yang disebutkan dalam hadis Rasulullah ialah mereka yang memutuskan sesuatu perkara secara teliti.

Keputusannya tidak dipengaruhi mana-mana pihak dan membuat keputusan kerana takutkan azab Allah, bukan semata-mata ganjaran dunia dari pihak berkepentingan,” tegasnya.

Muhammad Nur juga mengingatkan hakim agar mempunyai ketakutan yang luar biasa sebelum membuat sesuatu keputusan, berdasarkan satu lagi hadis dari Kitab Dr Izzuddin Baliq, seorang sarjana Islam terkenal Lubnan.

“Dalam hadis nabi ini ada menyebut bahawa dua dari tiga hakim akan masuk neraka hanya kerana membuat keputusan tidak takut kepada Allah.

“Seseorang hakim yang adil lagi baik, beliau membuat keputusan dengan merasa ketakutan luar biasa kepada Allah dan bukan atas arahan manusia,”

“Hadis ini juga sahih Muslim dan hakim dialu-alukan untuk membacanya berkali-kali atau merujuk kepada mana-mana alim ulama sebagai rujukan dan semoga mendapat manfaat,” katanya.

4 ulasan :

  1. Ini saekor lagi ulama yang telah dimurtadkan oleh dap jadi apa yang dia merepet macam orang gila berhati-hati dengan puak munafik ini

    BalasPadam
  2. Ini saorang lagi yang telah dimurtadkan oleh dap

    BalasPadam
  3. Senang je... Islam mementingkan keadilan... dalam kes liwat ini keadilan mestilah kedua belah pihak Saiful dan Anwar...bukan sebelah pihak sahaja Anwar...ianya bergantung kepada bukti-bukti di mahkamah... (kenapa dalam pembelaan ada mengatakan suka sama suka???)

    BalasPadam
  4. Hakim juga masuk neraka kalau membebaskan org yg dia yakin bersalah.Ibarat kata2 dr manuty ini adalah hakim seorg yg tidak bijaksana dan tidak berlaku adil dlm kes anwar sedang dia lupa anwar diberikan segala2nya utk membela diri tapi dia tidak menggunakannya.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online