Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Bob Lokman KENA HALAU dari Pahang.. Tahniah JAIP.
Comments : 1
Bok Lokman, bekas pelakon yang kini aktif sebagai penceramah bebas dikalangan pembangkang, semalam diberi notis oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) kerana disyaki menyampaikan ceramah tanpa tauliah.
Beliau disyaki menyampaikan ceramah di hadapan jemaah Masjid Taman Sri Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang dekat sini, selepas solat Maghrib. Ceramah itu bermula jam 8 malam dan tamat lebih sejam kemudian.
Sebaik sahaja selesai, Bob Lokman, atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, didekati seorang kakitangan Jaip dan mereka dilihat berbincang di beranda masjid.
Mereka mengambil maklumat daripada Bob Lokman, sementara jemaah menunaikan solat Isyak.
Bob Lokman dan beberapa rakannya meninggalkan masjid beberapa minit kemudian.
Sumber Jaip mengesahkan Bob Lokman diberi notis kerana disyaki menyampaikan kuliah Maghrib tanpa tauliah dan kebenaran Jaip.
Sumber itu juga memberitahu, Jaip akan menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 161, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 yang menetapkan hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-dua sekali.
“Kita akan siasat perkara ini di bawah Seksyen 161, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982,” katanya.
Bob Lokman pernah menerima waran tangkap Jabatan Agama Islam Selangor kerana tidak hadir beri keterangan berkaitan ceramah agama tanpa tauliah dua bulan lalu.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.

tu laaaaa kan dah kena bantai balik kat orang bijak!!! tu hari mahfuz bean kata hassan ali orang bijak!!!...jadi sepatutnya orang bijak laah yang harus membawa kemajuan dalam parti!!! ni tak orang bijak dan ulamak disisihkan.. orang tiga suku diangkat jadi naib presiden!!orang cam tok dalang jadi setiausaha!!!, orang mengarut mencacai jadi timbalan presiden!!!,, pelakon komedi nak jadi ular-mak jadi penceramah roadshow!!! apalah laa nak jadi PASHIT ni
BalasPadam