BREAKING NEWS

Bekas Ketua Pemuda MCA Penang akan masuk PAS...


Pemuda PAS mempelawa bekas Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, Eng Hiap Boon dan 439 ahlinya menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di negeri ini untuk bersama-sama menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum akan datang.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah berkata, beliau merasakan masa untuk bersama MCA dan BN memerintah telah berlalu kerana terlalu banyak penyelewengan berlaku melibatkan wang rakyat.

"Sebagai Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Pusat saya menyeru beliau dan ahlinya menyertai DHPP di Pulau Pinang bagi membantu memperkuatkan PAS sekaligus memperkemaskan jentera Pakatan Rakyat yang sedang diperlekehkan oleh Umno dan BN.

"Dewan Pemuda PAS yakin ia satu perkembangan yang positif terhadap Pakatan Rakyat di negeri ini, " jelas Husni dalam kenyataannya.

Dewan Pemuda PAS sendiri katanya, cuba mencari jalan mendekati mereka dengan sokongan DHPP Pulau Pinang bagi menerangkan betapa pentingnya perlawaan tersebut.

Ia amat wajar kerana Malaysia amnya Pulau Pinang kena di selamatkan daripada jatuh semula ke tangan Umno dan BN yang ketagih kuasa.


p/s: Memang dah terdesak sangat PAS ni beb.. Dulu bukan main lagi kata haram berkerjasama dengan kafir, tapi sekarang doranglah yang berlumba-lumba nak peluk cium kafir tu semua..

PAS dah hilang maruah dah sekarang.. Sikit hari berkuburlah tuu... Hahahaha..

4 ulasan :

  1. Kalau UMNO bagi duit itu dinama Rasuah
    Kalau PAS bagil duit itu dinama Amal Jariah
    Kalau ceramah UMNO, Hujan turun itu bala
    Kalau ceramah PAS, Hujun turun itu rahmat
    Kalau PAS masuk gereja ikut Nabi, UMNO buat kafir
    Kalau PAS ada cryno & nepo ikut Nabi, UMNO buat haram
    Akan datang, anak kita masuk gereja, ajaran apa itu? Parti Ajaran Sesat (PAS)

    BalasPadam
  2. pas dah buang perjuangan islam..dah hilang arah tuju.tapi bila ditegur Hassan Ali, dorang sentap pulak.

    BalasPadam
  3. satu komen yg bagus....nak amik boleh tak????

    BalasPadam
  4. Ini pandangan aku...

    Melihatkan sokongan kaum melayu yg semakin menipis ke atas PAS khususnya, maka mereka melihat cara yg len iaitu mempelawa kaum cina utk bersama mereka.Dahulu UMNO dijatuhkan sebagai kafir kerana bersahabat dengan bukan islam bahkan kini mereka lebih teruk bukan sekadar bekerjasama dgn DAP + PKR malahan bukan islam turut diajak menyertai mereka dalam cabang parti yg diwujudkan DHPP..nilaikan sendiri, kata orang dia rupanya yg lebih-lebih....

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online