BREAKING NEWS

Anwar ramal Pilihanraya Umum selepas kes liwat selesai.


Anwar Ibrahim meramalkan pilihan raya umum ke-13 akan dipanggil sebaik sahaja kes liwat dihadapinya sekarang berakhir.

Beliau juga menegaskan, ia sebahagian daripada usaha menamatkan kerjaya politiknya yang disifatkan sebagai menjadi penghalang untuk BN terus menipu rakyat.

Ketua Pembangkang itu memberitahu pemberita bahawa beliau bersedia untuk yang terbaik tetapi pada masa yang sama menduga keadaan paling buruk.

“Ini bukan secara kebetulan, akhir kes ini akan secara kebetulan (selari) dengan pilihan raya (umum),” katanya di pekarangan mahkamah.

Menjawab hujah penggulungan pihak pendakwa yang menyerang keputusannya memberi keterangan dari kandang tertuduh, Anwar berkata beliau menggunakan perbicaraan untuk mengetengahkan keadaan sistem perundangan yang cacat.

“Saya mengambil kedudukan menerusi saksi-saksi yang kompeten. Satu-satunya usaha mereka ialah memusnahkan doktor-doktor yang ternama di dunia,” kata beliau lagi.

Perbicaraan akan disambung Khamis ini dengan pasukan pembela akan menjawab hujah pihak pendakwa.

Kemudian Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah akan memutuskan tarikh mengumumkan keputusannya.


p/s: Nampaknya Anwar dah bersedia untuk masuk ke Resort Sg Buloh..

3 ulasan :

  1. JADI APA MASALAHNYA? BILA2 PILIHARANRAYA PUN, AKU DAN SELURUH AHLI KELUARGA AKU YANG LAYAK MENGUNDI TAKKAN UNDI PKR LAGI. CUKUP2LAH PRU12 LALU KAMI UNDI PROTES TERHADAP BN.

    BalasPadam
  2. Assalam Bro

    Kalau kes tak ditangguh selalu dah lama dah PRU diadakan agaknya... Tak ada perkataan lain yg keluar dari mulut dia.. semuanya salah orang lain... dia tak bersalah sebab meliwat suka sama suka... Bini dia pun senyum dalam tangisan... Bodoh... Orang sakit aje yang masih menyokong Anwar... Doktor ternama konon... Tak kenal pun mereka... Dah macam kes Doktor ayam dari Thailand...

    BalasPadam
  3. menyampahlah...awal tahun depan Kjee pun dah nak jadi penduduk sungai buloh...dekat sangat dengan resort tu!! mungkin kalau lalu depan resort tu boleh hi hi bye bye. kahkahkah

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online