Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Anwar marah bila dilabelkan anak DERHAKA di Penang.
Comments : 1
Gua setuju dengan kenyataan dari Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Non..
Memang betul bahawa orang UMNO akan setia kepada parti tak kira apa sekalipun dugaan yang datang.. Orang UMNO jugak tak akan menolak parti dan tak akan beralih hati dari parti..
Yang keluar parti dan menderhaka kepada perjuangan UMNO hanyalah mereka-mereka yang kecewa dan juga tak dapat apa yang dihajati melalui parti UMNO..
Contoh yang paling dekat adalah Anwar Ibrahim.., nak jadi PM punya pasal, dia sanggup jadi anak derhaka kepada parti yang berjasa kepada seluruh keluarganya..
Tapi korang jangan silap faham, yang still berada didalam UMNO sekarang bukanlah bermakna dorang berpuas hati dan dapat keuntungan..
Dorang tu kekal dalam UMNO kerana dorang percaya UMNO mampu perjuangkan nasib agama Islam serta bangsa melayu keseluruhannya..
Fikir sendirilah beb.., PAS awal-awal dah cakap parti dorang hanya perjuangkan agama saja.., PKR pulak perjuangan hak samarata.. DAP tak payah ceritalah.., korang pun faham parti kiasu tu kann..
So.., kalau nak perjuangkan agama seiring dengan ketuanan bangsa melayu, mana ada pilihan lain beb kecuali UMNO? Ini hakikat yang ada di negara kita baii...
So..., gua rasa Tok Non adalah individu yang paling layak bercakap pasal kesetiaan orang-orang UMNO kepada parti.. Sebabnya, Tok Non tahu macam mana sakit dan susahnya apabila kehilangan negeri kepada DAP..
Tapi adakah Tok Non dan pemimpin-pemimpin Penang lainnya lari dari parti? Tak ada sorang pun yang gua nampak berubah hati..
Cuma ada lah sorang dua yang gua nampak slow sikit... Berkorban untuk parti pun liat.., tambah lah nak berkorban wang ringgit... Hehehehe...
Apapun.., gua selalu kata.., Penang sebenarnya kalah sebab sabotaj dari bekas-bekas ahli UMNO sendiri yang derhaka kepada parti.. Jadi tak susah untuk menang balik kalau UMNO betul-betul nak tumbangkan DAP..
Syabas Tok Non!! Kita akan tawan semula Penang di PRU13 nanti !!
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
dah banyak bukti bagaimana regim Dapigsial mendiskriminasi Melayu di Penang..kalau next PRU depa menang lagi, x tahu la nak kata apa pd melayu penang ni...
BalasPadam