Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Adam Adli dapat pembelaan dari "Imam Mahadi"..
Comments : 2
Anwar Ibrahim menggesa kerajaan menghentikan semua bentuk tekanan terhadap mahasiswa. Ini, katanya kerana jelas ia merupakan kehendak politik pimpinan Umno yang terdesak.
“Saya juga mengulangi tekad dan komitmen Pakatan Rakyat untuk memansuhkan Auku serta memberi penumpuan kepada usaha mengangkat mutu pendidikan yang berteraskan prinsip kebebasan akademik, pencerahan dan pemerkasaan intelektual.
“Saya meneliti secara serius perkembangan mutakhir gerakan kebebasan akademik yang dipimpin oleh kelompok mahasiswa yang kini berdepan dengan pelbagai tekanan politik Umno,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, tatkala kesedaran menuntut kebebasan di kalangan mahasiswa mulai berkembang dan matang, pimpinan Umno semakin gusar dan resah dalam menghadapi asakan itu.
Mereka juga selalu bertindak melulu dengan menzahirkan ancaman fizikal bersifat biadab dan semberono.
Katanya lagi, komitmen pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, kononnya mahu meminda Seksyen 15, Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) dan memberi lebih kebebasan kepada mahasiswa dalam politik kepartian kini dilihat tidak lebih sekadar omong kosong.
Menurutnya, perkembangan membabitkan Adam Adli, mahasiswa dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) yang kini berdepan dengan tindakan di bawah Auku sememangnya menzahirkan ketakutan Umno terhadap gelombang kebangkitan mahasiswa.
Tambah beliau, tindakan sama turut dilihat dalam beberapa kes terdahulu dengan tindakan keras oleh pihak universiti termasuk risiko dibuang kampus.
“Insiden remeh di depan ibu pejabat Umno di PWTC yang dikaitkan dengan tuntutan mahasiswa tempoh hari diangkat oleh media milik Umno seolah-olah ianya jenayah besar walhal isu-isu yang berkait dengan fitnah, ugutan bunuh, jenayah dan rasuah seringkali diketepikan,” ujarnya.
Beliau berkata, tindakan menghukum dengan menggunakan peruntukan Auku terhadap mahasiswa selepas insiden tersebut jelas bertujuan untuk menakut-nakut dan sebagai langkah untuk mengendurkan semangat serta iltizam mahasiswa.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
Anwar, hang buat apa pun tak apa. Bagi hang apa salahnya menceroboh kawasan orang buat turun bendera itu perkara kecil.
BalasPadamBagi orang macam hang, perkara besar toron depan belakang pun tiada hal punya lah.
Sebenarnya AUKU tu bukan agenda utama. Hang nak seret budak2ni lingkup macam mana hang dah buat dulu.
Konon Kerajaan buat tak kena. Kerajaan tak ajak pun budak2ni buang masa pusing satu Malaysia sokong depa.
Hang yang dok rasuk budak2ni sebenarnya nak tutup musibat yang hang dah buat. Bolehlah hang canang kat kuncu2 hang dalam dan luar negara semua budak2 U sokong hang.
Macam kat Indon dan Thai. Rakyat dah tau kerja buat hang ni sebenarnya nak pelepas tengkok sendiri.
Lepas ni macai2 hang pusing cerita lain pulak. Biasa lah!
Saolan senang saje kepada nuar brahi aljaburi....
BalasPadamKenapa sewaktu ko menjadi menteri Pelajaran dulu ko tak mansuhkan AUKU ni...baru sekarang ko nak menyalak..bebudak umur 22 tahun yang setengah masak yang ko pergunakan ini memang laa tak reti bahasa dan BODOH serta BANGANG sebab mereka ni mana tau sejarah..budak baru tengah belajar boleh laa kokelentong sebab mereka ni memang BODOH..mak bapak suruh pegi sekolah dan masuk unibversiti atas usaha pendidikan dan duit bantuan daripada kerajaan..untuk kebahagian dan kesengangan keluarga dimasa depan...tapi mereka menjadikan diri terlalu bangang dengan mebiarkan diri dipergunakan sebagai kuli batak demi untuk saorang peliwat dan penzina yang tiada maruah diri..BILA JUMPA MAHASISWA NI KAT PERKARANGAN UPSI..jerit je perkataan BODOHHHH