Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
PAS nak buat BERSIH 3.0 sebelum PRU 13..
Comments : 0
Pemuda Pas bertegas akan mengadakan himpunan Bersih 3.0, jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membubarkan Parlimen sebelum Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) sempat menambahbaik pilihan raya umum.
Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Noor berkata, Najib perlu menyatakan pendirian rasmi sama ada mahu membubarkan Parlimen tanpa menunggu PSC atau bergantung kepada hasil resolusi PSC.
Menurutnya, pendirian rasmi Najib penting, supaya rakyat boleh mengukur keikhlasan dan kesungguhan beliau dalam memastikan perjalanan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berlangsung dalam keadaan bersih dan adil.
“Jika beliau (Najib) sentiasa menafikan atau berdiam diri seperti sekarang, rakyat akan menganggap pentadbiran beliau lemah, malah jauh lebih teruk daripada pentadbiran perdana menteri sebelum ini.
“Jika Najib membubarkan Parlimen sebelum tempoh PSC sempat menjalankan tugasnya, jelaslah beliau hanya beretorik dan tidak beradab kerana tidak menghormati Parlimen dan penubuhan PSC dilihat sekadar kosmetik bagi mengaburi mata rakyat,” katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.
Selain itu, Riduan berkata, jika Najib bertindak demikian, rakyat akan hanya menganggap PSC sebagai tempat ‘melepas batuk di tangga’ bagi mengelak lebih banyak serangan dihalakan kepada beliau.
Menurutnya, rakyat tidak sanggup menghadapi PRU13 dalam suasana penuh penipuan, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.
Oleh itu, Pemuda Pas mencabar Najib untuk mengumumkan segera tarikh PRU13 bagi mengetahui sama ada PSC sempat menghabiskan tugasannya atau tidak.
“Jika tidak, sia-sia semua pihak memberikan kerjasama dengan memberikan keterangan kepada PSC dengan niat agar PRU13 nanti benar-benar suatu pembaharuan.
“Jika pembaharuan dalam pilihan raya tidak dibuat sebelum PRU13, kami akan menggerakkan himpunan Bersih 3.0, yang pastinya lebih besar dengan penglibatan parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), tokoh politik dan negarawan yang cintakan keadilan,” katanya.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
Catat Ulasan