BREAKING NEWS

Kes dilanggar Polis : Mat Sabu MENGAKU juga akhirnya...


Mohamad Sabu, semalam memberi keterangan dalam pendengaran awam, mengakui berada di Kuala Lumpur kerana menyertai perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai lalu.

Bagaimanapun, dalam perjalanan ke Masjid Negara untuk menunaikan solat Zuhur, motosikal yang diboncengnya dilanggar oleh sebuah kereta Waja polis di Jalan Travers.

Memberi penjelasan kepada panel Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Mohamad atau dikenali Mat Sabu berkata, beliau terjatuh dan mengalami kecederaan selepas dilanggar.

“Lutut kanan saya terkena lampu depan kereta itu yang datang dari arah bertentangan menyebabkan saya jatuh terlentang,” katanya yang mengakui memakai kemeja-t berwarna putih dan berseluar hitam sewaktu ditangkap polis.

Mohamad diarahkan untuk melukis kejadian kemalangan tersebut ketika memberi penerangan dalam siasatan awam berkenaan dakwaan pelanggaran hak asasi manusia sebelum dan semasa perhimpunan pada 9 Julai lalu.

Mohamad berkata, beliau mendapatkan rawatan di lokap Balai Polis Jinjang dan kemudian dihantar ke Hospital Besar Kuala Lumpur.

“Selepas membuat pemeriksaan x-ray dan diberikan ubat, saya dibawa semula ke lokap dalam keadaan dipapah.

“Saya tidak membantah arahan itu kerana menghormati profesion doktor dan dibebaskan jam 11 malam.

“Pada 11 Julai, saya mendapatkan rawatan di hospital swasta dan terpaksa menjalani pembedahan pada 15 Julai,” katanya.

Bagi menjawab pertanyaan oleh Pesuruhjaya Suhakam, Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi A Majid mengenai penggunaan perkataan berlanggar, melanggar dan dilanggar yang disebut beberapa kali oleh Mohamad dalam keterangannya, Mohamad menegaskan beliau dan penunggang motosikalnya, Hanifah Maidin dilanggar oleh kereta Waja.

Ketika ditanya wakil Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Asisten Komi­sioner, Jamaludin Abdul Rahman mengenai beliau yang tidak dibenarkan memasuki Kuala Lumpur pada 9 Julai, Mohamad menegaskan tidak menerima sebarang notis daripada Mahkamah Tinggi mengenai perkara tersebut.

“Saya tidak mengetahuinya dan tidak mendapat surat hitam putih tetapi membaca mengenai perkara itu melalui media,” katanya.

1 ulasan :

  1. Pertamanya, laporan dari portal lidahsetan Meloyakini bertarikh 11/7 kata Mat Syabu dilanggar Pajero, kemudian laporan polis Mat Syabu pada 14/7 pulak dia melaporkan kereta waja polis melanggar dia.

    Yang keduanya, rakaman CCTV pada 9/7 menunjukkan kejadian pada jam 12:42 tghari, alasan Mat Syabu kononnya dia dlm perjalanan nak bersolat di Masjid Negara padahal pada hari berkenaan, waktu Zohor bg wilayah Kuala Lumpur adalah pada jam 1.21 ptg.

    Satu soalan sahaja, di Kuala Lumpur kita hanya bersolat di Masjid Negara je ke??? Suhardi pelakon terbaik BERSHIT pun boleh bersolat atas jalan....

    Nmpak sangat penipunya Mat Syabu ni.... pusing2 buat cerita bg mengabui cerita bohong dia tu....

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online