BREAKING NEWS

PAS diserang oleh AMK di Terengganu..


PAS Terengganu belum bersedia untuk menggantikan BN di negeri itu, kata ketua AMK negeri Mohd Alfaizal Amjed.

Beliau juga menolak dakwaan PKR negeri mementingkan diri sendiri dalam perbincangan pembahagian kerusi dengan PAS bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“PAS Terengganu masih belum faham dengan apa yang dipanggil “pakatan politik”.

“Jika isu permasalahan perbincangan kerusi dibangkitkan oleh PAS Terengganu adalah kerana PKR Terengganu mementingkan diri sendiri ini tidak benar dan tidak munasabah, PKR Terengganu hanya ingin menjayakan dan meraikan apa yang dipanggil “pakatan politik”,” katanya.

Menurut beliau,“pakatan politik” dirujuk sebagai kerjasama atau pergabungan antara beberapa parti yang dipersetujui selepas 3 Mac 2008 ianya dipanggil “Pakatan Rakyat.”

Mohd Alfaizal berkata, dengan semangat Pakatan Rakyat kita telah banyak bekerjasama dalam apa jua aspek contohnya sama-sama menghasilkan idea dan strategi.

1 ulasan :

  1. pergghhh tu dia PAS mana nak paham makna pakatan tu.. kalau tak takderlah dia keluar umno dulu sebab merajuk tak dapat bukak cawangan...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online