BREAKING NEWS

Padan muka kakitangan kerajaan yang sokong Pakatan!!!!


Setiausaha Publisiti DAP, Tony Phua mendedahkan jika pakatan pembangkang berjaya memerintah kerajaan pusat ia akan meluluskan program untuk mengurangkan jumlah kakitangan awam setiap tahun.

Sudah terserlah hasrat DAP yang akan membuang kakitangan awam yang selama ini menjadi tulang belakang pentadbiran negara.

Kakitangan awam negara ini merupakan antara kakitangan eksekutif yang terbaik di rantau ini. Pentadbiran awam Malaysia yang berakar umbi dari pentadbiran United Kingdom mewarisi sebuah corak pentadbiran yang cekap, berintigriti lagi profesional.

Pembentukan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan SuruhanJaya Perkhidmatan Negeri sejak merdeka dulu adalah contoh terbaik betapa seriusnya pengasas negara yang mahukan perkhidmatan awam yang profesional, berintigriti dan bebas dari pengaruh politik.

Pengalaman diperintah Pakatan Pembangkang di negeri Selangor dalam tempoh 4 tahun ini pula memperlihatkan dengan jelas campur tangan politik dalam perlantikan kakitangan awam.

Kemelut perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri adalah bukti bagaimana rakusnya Menteri Besar sehingga sanggup mencadangkan pindaan undang-undang tubuh kerajaaan negeri semata-mata mahu SUK yang dilantik itu adalah pilihannya.

Kuasa DYMM Sultan Selangor mahu diketepikan oleh MB semata-mata mahukan SUK yang cenderung kepada parti politik pembangkang.

Jelas kelihatan hasrat Pakatan Pembangkang yang rakus, zalim dan tidak berperi kemanusian terhadap perkhidmatan awam sekarang dan pada masa akan datang.

Negara tidak memerlukan politikus yang hanya berupaya membaiki labu atau menjadi monyet yang mendapat cincin.

Sebagai rakyat Selangor kita wajib mendokong penuh dan mempertahankan pentadbiran awam yang profesional, berintigriti, cekap dan bebas dari pengaruh politik.

Politik ugutan oleh DAP kepada kakitangan awam ini memang menjelaskan lagi realiti pakatan pembangkang jika mendapat kuasa untuk memerintah.

Itu sebabnya untuk sekian kalinya kakitangan awam dan rakyat akan menolak dalam PRU 13 kumpulan politikus chauvanis yang semakin mabuk mahu mendapatkan kuasa, yang jika terpilih akan menzalimi rakyat dalam setiap dasar yang mereka bentuk.

4 ulasan :

  1. org kedah cakap bodo piang nak mampuih...!

    BalasPadam
  2. Penjawat awam jom pakat sokong PR. Moga nasib anda akan berubah ye.Hidup anda kelak gerenti akan senang, lenang, kaya raya, boleh pakai X5, S class. Warga guru pulak semua akan dinaikkan pangkat Jusa C bukan setakat RM500 aje. Baik sungguh si Tonik Pua tu ye.

    BalasPadam
  3. Penjawat awam jom pakat sokong PR. Moga nasib anda akan berubah ye.Hidup anda kelak gerenti akan senang, lenang, kaya raya, boleh pakai X5, S class. Warga guru pulak semua akan dinaikkan pangkat Jusa C bukan setakat RM500 aje. Baik sungguh si Tonik Pua tu ye.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online