Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Orang bodoh saja percaya : Anwar JANJI akan turunkan Tarif Letrik kalau jadi PM...
Comments : 3
Umno jangan bermimpin untuk merampas kembali kerajaan negeri Selangor, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang pada pilihan raya umum ke-13 nanti, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Umno jangan mimpi nak tawan negeri-negeri Pakatan Rakyat, mustahil, … Umno tidak akan berjaya untuk menawan kembali Selangor.
“Negeri-negeri PR sudah membuktikan kami mampu mentadbir dengan berhemah dan cekap, buktinya di Selangor, hasil pentadbiran yang cekap, kami mampu untuk memberikan air percuma kepada rakyat Selangor,” tegasnya malam tadi, pada Ceramah Perdana PKR di pejabat Angkatan Muda Keadilan cabang Gelang Patah, Johor Bharu.
Menurut Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, Johor juga tidak akan mampu menahan arus perubahan yang sedang melanda politik negara dewasa ini.
“Sekiranya pimpinan Umno-BN masih lagi mengamalkan corak pentadbiran sedia ada, mengabaikan hak dan kepentingan Melayu, tidak mustahil kami akan menawan negeri ini, walaupun ia kubu kuat Umno, ini sudah dibuktikan di Ijok.
“Dahulunya Ijok juga merupakan kubu kuat Umno, tapi kita lihat apa yang jadi? Bila rakyat bangkit menolak pemimpin yang korup, PR mampu menawan Ijok,” katanya di depan kira-kira 300 hadirin.
Bagaimanapun katanya, pemimpin Pakatan Rakyat wajar tidak mengikut sikap buruk para pemimpin Umno Barisan Nasional.
“Ingat, pimpinan PR jangan jadi seperti pemimpin Umno-BN, jangan takbur riak, dan lupa diri apabila sudah memerintah, utamakan hak rakyat dan bukannya pentingkan diri sendiri,” nasihat Anwar.
Penasihat Ekonomi Selangor ini juga berjanji sekiranya parti pimpinannya berjaya menawan Putrajaya, tarif elektrik negara dan harga minyak akan diturunkan dalam masa seminggu pemerintahannya.
“Ini janji saya, sekiranya PR berjaya menawan Putrajaya, harga tarif elektrik dan minyak akan saya turunkan.
“Umno-BN akan cakap saya hanya buat janji kosong, tidak berasas, negara boleh bankrup sekiranya saya laksanakan perkara ini, tapi mereka lupa, lapan tahun saya pegang jawatan Menteri Kewangan, bodohkah saya?” katanya mempersoalkan tuduhan kerajaan terhadapnya.”
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
Yang dia tak boleh gerenti turun hanya kote bengkok dia saja. Betul tak?
BalasPadamada lagi ka manusia yg nak percaya dgn janji anwar ni? Bini dia sendiri pun meragui kata2 dan janjinya? {Teman sendiri sangat terkejut dan masih ingat jawapan spontan Wan Azizah, “takkan you percaya janji Bang Non?”.} -->http://zul4kulim.blogspot.com/2011 /11/anjing-anjing-pencen.html
BalasPadamkesian sungguh kpd yg masih nak percaya kata2nya setelah kantoi menipu berkali2...
memang bodoh pun
BalasPadam