Gua sebenarnya dah lama nak hantar kereta buruk gua ni buat tuning enjin.. Asyik rosak je manjang throttle body dia.. Tapi apa kan daya.., masa dan ongkos tak mengizinkan gua untuk hantar kereta gua ke bengkel..
Tapi hari ni gua ada sikit masa terluang disebabkan cuti Awal Muharam.. So, gua pun bergegas bawak kereta gua ke satu bengkel kereta milik bumiputera di kawasan Permatang Tengah, Permatang Pauh..
Bengkel ni diberi nama P44 Autoworks.. Dorang memang specialist dalam bab-bab Computer Tuning, Powerscan engine, Overhaul, Diagnostic dan jugak hal-hal berkaitan enjin.. Nak tukar enjin pun bolehh...
Pendek kata.. dorang memang terbaek dalam kelasnya lah !!!
Sebenarnya, gua dah lama nak ke bengkel ni.. Gua kenal owner dia pun hanya melalui Fesbuk je.. Tapi macam gua cakap awal tadi, masa dan ongkos tak mengizinkan gua.. Maklumlahh.., blogger jalanan lah katakannn...
Buat permulaan, bagi korang yang tak pernah ke kawasan Pmtg Pauh ni.., agak susah jugak la kalau nak cari bengkel bro kita tu.. Yang dah biasa macam gua ni senanglah cari...
Awalnya.., bila je gua belok nak masuk ke kawasan bengkel P44 Autoworks ni.., gua terkejut jugak laa sebab penuh kereta di sepanjang 200 meter ke bengkel tu.. Memang kencang bisnes dorang nih..
Disebabkan kesesakan tu.., gua terpaksa parking jauh dan terpaksa berjalan kaki untuk menceritakan masalah kereta buruk gua kepada owner bengkel..
Selepas beberapa lama menunggu giliran, kereta gua mula diperiksa dan disarankan untuk lakukan PowerScan enjin.. Apa kebendanya PowerScan tu? Meh gua listkan untuk korang....
** Scanning for error code & erase
**Chemical pertama (VALVE CLENER)..dia cuci semua trotelbody/inlet magnifold/combusion chamber/exaust flow
**Chemical kedua (ENGINE CONDITIONER) .. dia booster fuel kita..then cuci fuel line/filer/injector dan paling utama..02 sensor..bila semua sensor inlet dan outlet cun...kete nya performance akan kembali cun .. dan cemerlang !
Lepas selesai proses PowerScan dan tuning Throttle Body.., kereta gua boleh dikatakan 80% perfect.. Yang baki lagi 20% tu sebab kereta gua guna Throttle Body made in Taiwan.. Tu yang susah sikit..
Apapun, gua memang puas hati dengan kerja bro di bengkel P44 Autoworks ni.. Penerangan dorang memang jelas dan service dorang mantop..
Jadi.., sapa kata bumiputera tak mampu hasilkan kerja-kerja terbaik.. Bagi gua, apa yang brader-brader kita buat di P44 Autoworks ni lebih bagus dari bengkel-bengkel cina yang pernah gua pergi..
Tentang harga.., gua berani gerenti memang berpatutan.. Setanding dengan khidmat yang diberikan beb..
So disini gua nak sarankan kepada semua pembaca blog gua.., kalau korang berada dikawasan berhampiran, datanglah ke bengkel P44 Autoworks ni..
Marilah kita sama-sama majukan perniagaan bangsa sendiri yang berpotensi serta cemerlang didalam kategorinya.. Buat apa kayakan cina kalau dah melayu pun boleh bagi service dengan lebih baik...
Korang boleh layan blog P44 Autoworks tu DISINI... Dan juga berkomunikasi dalam Fesbuk DISINI...
Jom support usahawan melayu !! Jom kita majukan bisnes bangsa sendiri !!!
ni baru betul bisnes kita leh support dan sama2 tolong majukan.
BalasPadambukannya dgn cara ajak join mlm