BREAKING NEWS

TERBARU!!! Bob Lokman mengaku PAS itu ISLAM..


TEMERLOH, 25 Okt: Pelakon dan penulis lirik terkenal Mohd Hakim Lokman mahu masyarakat sedar bahawa murtad bukan saja beratur di mahkamah untuk tukar agama tetapi juga melibatkan persoalan tauhid dalam diri seseorang sebagai tunjang.

Selebriti yang lebih dikenali sebagai Bob Lokman itu, berkata malangnya ramai yang terpengaruh dengan istilah ‘Melayu itu Islam’ sehinggakan tidak pernah untuk menilai semula tauhid atau pun menuntut ilmu.

“Saya baru 9 bulan berada di atas jalan pulang yang benar...tau kenapa setelah umur 47 baru sedar? Sebab kesilapan paling besar saya lambat ialah kerana selama ini saya terpengaruh dengan istilah Melayu itu Islam.

“Pegangan itu membuatkan saya rasa sentiasa selesa. Sepatutnya semua kena sedar bahawa murtad bukan saja beratur di mahkamah untuk tukar agama tetapi persoalan tauhid pun jarang dibicarakan, sedangkan tauhid itu tunjang,” katanya.


Walawehh..., Bob Lokman ni macam nak salahkan mak bapak dia sebab selama ni dia ingat melayu tu Islam.. Selepas 47 tahun baru dia sedar yang PAS itulah yang sebenar-benarnya Islam..

Kesian mak bapak Bob kann.., selalunya ajaran Tauhid ni diajar dari kecil dan disambung hingga besar didalam keluarga, tapi hari ni Bob bayangkan yang dia tak diajar macam tu..

Pasal tu lah dia kata terpengaruh dengan istilah melayu itu Islam.. Kiranya mak bapak dia lah yang ajar tu..

Apapun.., lantak lu lah Bob oii.. Gua rasa, sekarang ni mungkin lu sedang diuji Tuhan dengan fahaman bahawa PAS itu Islam..

Hanya orang yang buta agama je yang anggap parti politik tu sebagai agama beb..

Gua doakan, semoga Bob Lokman akan bertaubat satu hari nanti dan menyesal dengan apa yang dia cakap sekarang ni..

3 ulasan :

  1. Bok lockman akan kembali ke habitat asal nya tak lama lagi.

    BalasPadam
  2. Begitu juga PAS itu bukan ISLAM. Kalau masuk PAS belum tentu kita Islam. Bob kena faham PAS tak ada kena mengena dengan Islam.

    Akidah kena betul. Jangan ingat masuk PAS maka kita sudah Islam apatah lagi lebih Islam dari Pak Arab.

    BalasPadam
  3. Apabila dia dah terminum Holly Water maka nama pun bertukar kepada Bobby Loke Man.

    Congratulation BOB!

    You are no more Malay but Alien...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online