Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Nik Aziz isytiharkan gelaran GURU PERLEMBAGAAN buat Aziz Bari..
Comments : 3
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mengirim surat ‘tahniah’ dan rasa syukur di atas penarikan semula penggantungan pensyarah UIA, Prof Dr Abdul Aziz Bari dua hari lalu.
Menurut Tuan Guru, penarikan itu amat wajar memandangkan Aziz Bari adalah pakar perlembagaan seumpama guru dalam undang-undang perlembagaan.
Menurutnya, sebagaimana guru ilmu feqah yang mempunyai gurunya yang arif dan tersendiri, Aziz Bari juga demikian yang diibaratkan ‘guru perlembagaan’.
“Penggantungan sebelum ini terhadapnya memang melampau, tak kenal jenis orang macam mana, professional ke, ahli akademi ke, tahu nak sekat.
“Kita bagi kebebasan pada semua lapisan masyarakat untuk bersuara selagi ianya tidak melanggar peraturan dan bersalahan dengan dengan undang-undang,” ujarnya.
Namun apa yang berlaku, tambahnya adalah sebaliknya pula.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan projek perlombongan Interbumi Mining Sdn Bhd dan Majlis Penyampaian sumbangan sempena Aidiladha, di Rantau Panjang, dekat sini.
Bagaimanapun, Anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkeflyi Ahmad semalam mendakwa penarikan itu hanya sandiwara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memandangkan profesor itu masih menghadapi tekanan dalam siasatan.
Baru-baru ini, Aziz Bari digantung dari perkhidmatannya sebagai pensyarah kanan di UIA kerana mengeluarkan pandangan dari sudut akademik dan perundangan berhubung Sultan Selangor.
p/s: Eloklah tu.., sorang perasan jadi wali selipar.., yang sorang lagi pulak perasan jadi Pakar Perlembagaan.. Padahal.., dua-dua tak boleh pakai punya orang... Hahahaha...
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
Asalkan Pro depa..dan dan bagoih belaka ! apa punya Fe'el
BalasPadamTuan Guru Nik Aziz juga perlu hantar surat tahniah dan istihar juga Tun Dr. Mahathir sebagai Guru Pinda Perlembagaan. Kepada Anwar Musa pula Guru derhaka raja. Kepada UMNO pulak Guru Hipokrit. Ada masa patuh dan ada masa derhaka tahap gila.
BalasPadamHa! Ha! buat lawak apa depa dua orang ni.
BalasPadamOrang yang nak mengistiharkan seseorang itu pakar mestilah datang daripada orang yang pakar atau kumpulan yang pakar.
Bila pula Tok Guru ni seorang yang pakar dalam Perlembagaan Negara, boleh dok bagi gelaran pakar pada orang lain.
Kalau Tok Guru pakar dalam bidang ini taklah negara dok jadi caca marba macam sekarang ni.
Nak buat Hukum tu, nak buat Undang-undang ni, sampai nak langkah mayat la, macam-macam.
Itu tak BERSIH ini tak BERSIH. Air nak cebok pun tak boleh nak bagi bersih. Takkan nak calit dengan batu saja kut. Dulu pandai kata Cina berak calit. Sekarang ni pun ada Melayu-Islam berak calit.
Apa lah nak jadi, dulu sikit-sikit akhirat, sekarang dok sibuk tanggung beban dunia. Tak apa pulak.
Apa lah nak jadi, PAS! oii PAS!
Pening! pening !...