BREAKING NEWS

DAP sebar risalah anti HUDUD ???


Dah jadi semacam satu trend sekarang ni nampaknya.. Sendiri cetak.., sendiri sebar.., sendiri buat report Polis dan sendiri tuduh UMNO dan kerajaan punya kerja..

Kalau macam ni punya game politik, memang dah SAH makin bengong pemimpin-pemimpin politik pembangkang yang ada dalam negara kita sekarang ni..

Yang paling baru ialah tentang penyebaran risalah anti Hudud di Kuala Lumpur. Gua tak tahulah macam mana risalah tu sebenarnya, tapi dikhabarkan ianya menunjukkan gambar Nik Aziz sedang memancung kepala Lim Guan Eng.

Dan satu lagi risalah pulak menunjukkan Pengerusi Perhubungan KeADILan Johor, Chua Jui Meng dipotong tangan.

So.., kenapa gua kata risalah ni sebenarnya adalah hasil dari kerja tangan puak-puak Pakatan sendiri? Buktinya ialah bila Anthony Loke, Khalid Samad dan jugak Ketua Muslimat PAS Siti Zailah buat press conference di luar Parlimen pasal risalah tersebut.

Macam mana risalah tu dah ada pada dorang tapi dorang menolak pula untuk buat laporan Polis ketika ditanya wartawan?

Dan kalau betullah UMNO yang buat, kenapa pulak risalah tu ditulis dalam bahasa Mandarin? Sejak bila pulak UMNO ni jadi tak rasis?

Lagi satu.., Nik Aziz yang gatal sangat nak buat Hudud PAS di Kelantan.., dan DAP yang beria-ia taknak kan PAS buat Hudud tu sampai sanggup letak jawatan. Jadi sapa yang sebenarnya tak mau Hudud PAS?

Kalau betul Khalid Samad konfiden UMNO dan BN yang punya kerja.., pergilah report Polis. Jangan hanya tahu menyalak je beb..

Gua yakin.., kalau dorang buat report, mesti akan kantoi sebab risalah tu sebenarnya hasil ciptaan dorang sendiri.. Bodoh punya Khalid Samad!!!

2 ulasan :

  1. kalid memang bongok!

    BalasPadam
  2. Khalid Samad baru naik jadi AP Shah Alam dah tunjuk lagak. Penduduk Sek 19 Shah Alam bertahun2 berusaha minta kuil haram pindah. Pada Disember 2007 BN dah luluskan kuil pindah ke Seksyen 22. Bila YB Khalid Samad jadi Ahli Parlimen Shah Alam selepas Mac 2008 senang2 dia batalkan pemindahan kuil alasan tapak itu jauh kedalam. Dia lebih menjaga hati Hindu kuil tanpa peduli masalah penduduk Islam. Bila gangguan kuil semakin menjadi2 hingga berlaku ugutan dan gangguan gengster 303 aduan demi aduan dibuat tiada tindakan. Bila penduduk mengadu NGO Jan 2009 dia serang NGO tuduh mereka gerombolan UMNO buat provokasi kepada kuil Hindu. Pertubuhan NGO desak kuil pindah. Peminpin PR pilih Sek 23 dekat kawasan perumahan majoriti Islam. Penduduk Seksyen 23 bantah kuil satu ekar nak dibina disana. Bantahan penduduk Islam tidak dipeduli pun. Bila penduduk buat demo kepala lembu heboh satu dunia tuduh UMNO jadi dalangnya. Kenapa pemimpin Islam PR membela Hindu kuil yang buat provokasi kepada penduduk Islam?. Kenapa pengunjung kuil Hindu di Seksyen 19 buat perarakan bergendang bawa patung besar depan rumah penduduk Islam waktu tengah malam pada Julai 2008 Khalid Samad tidak ambil tindakan selepas aduan?. Janji nak pindah kuil Nov 2010 sampi hari ini kuil disitu juga. Selain menyokong Hindu kuil dia sokong gereja guna kalimah Allah. Memang wajar JAIS tarik balik tauliah Khalid Samad.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online