BREAKING NEWS

Uji Rashid dihukum penjara 10 tahun..


Biar betul beb.. Uji Rashid ni adalah antara penyanyi peberet gua nih.. Zaman dulu, Uji Rashid ni adalah merupakan penyanyi tersohor dalam negara.. Kalah Ct Nurhaliza beb..

Tapi takkan penyanyi peberet gua ni kena penjara pulak?? Apa salah yang dia dah buat sampai dihukum lokap 10 tahun? Kalau Anuwar tu gua percayalahh...

Korang tak percaya? Cuba baca berita yang Bernama laporkan kat bawah nih....

Seorang lelaki Indonesia bernama Uji Rashid dan lima rakannya yang cuba merompak sebuah kapal dagang di perairan Tanjung Piai, Pontian, 19 Sept lepas dihukum penjara 10 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Uji, 33; Rudiarto, 39; Andagunawan, 27; Edi, 45; Saleh, 45, dan Khairu Fahmi, 25; semuanya berasal dari Dumai, Indonesia, mengaku bersalah cuba melakukan rompakan secara berkumpulan di kapal MT Sky Jupiter pada 12.49 pagi hari berkenaan.

Mereka yang bekerja sebagai buruh dituduh melakukan perbuatan itu pada kedudukan garis lintang satu darjah 15.44 minit Utara dan garis bujur 103 darjah 28.26 minit Timur di dalam perairan Malaysia pada jarak lebih kurang 2.65 batu nautika perairan berkenaan.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda dan sebatan. - Bernama


p/s: Sekali pelanduk dua serupa daaa...

2 ulasan :

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online