BREAKING NEWS

Mat Sabu bersedia nak BELASAH Perkasa..


Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berkata beliau tidak gentar dengan amaran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Negeri Sembilan yang mahu mengadakan protes sekiranya beliau berceramah lagi di negeri itu.

Sebaliknya, tokoh yang dikenali sebagai 'ayam sabung PAS' itu, akan terus berceramah termasuk di negeri itu sekiranya menerima jemputan.

"Saya tidak rasa apa-apa (dengan amaran itu). Sebenarnya mereka yang gelisah. Saya telah didakwa, (jadi) tunggu mahkamah (buat keputusan).

"Saya akan terus berceramah kalau dapat jemputan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Menurutnya, beliau akan menghadiri satu lagi ceramah di negeri tersebut, yang dijadual pada 6 Oktober ini di DUN Paroi.

Mohamad mengulas kenyataan Yang Dipertua PERKASA negeri itu, Datuk Mohd Noor Nordin Abdullah yang dilapor akan mengetuai protes terhadap Mohamad jika pemimpin PAS itu enggan memohon maaf berhubung kenyataannya mengenai peristiwa Bukit Kepong.

Amaran itu dikeluarkan selepas kekecohan tercetus di ceramah Mat Sabu di Ampangan, Seremban Sabtu lalu sehingga menyebabkan dua penyokong PAS cedera selepas mereka cuba menghalang ahli PERKASA mara ke pentas ceramah.


p/s: Mat Sabu dah diresapi semangat "perwira Mat Indera"... Habislah budak-budak Perkasa lepas ni... Hahahahahaha....

3 ulasan :

  1. Betul le Mat Sabu ni memang berani dan bebal. Berzina dengan bini boleh, ini lagikan pulak untuk berceramah. Berzina tak malu inikan pulak kena kutuk langsung tak ada kesan.
    Cakap banyak tak guna dengan Mat Sabu ni..jadi kalau dapat kita sekeh kepala dia baru betul.......

    BalasPadam
  2. macam ni ler dipanggil pejuang.tapi jangan buat trick macam rusuhan bersih sudahlah..merayau ntah kemana lepas tu jatuh sendiri..terus masuk hospital konon konon lutut sakit hahaha.

    BalasPadam
  3. BUAT TAK TAHU SAJALAH DENGAN BUDAK TAK BERAPA SIHAT INI....KALAU KITA DOK LAYAN SITOLOL NI DENGAN KITA-KITA SEKALI JADI TOLOL...DIA NI SEJAK DARI DULU SAHINGGA KINI MASIH TAK MATANG-MATANG MASIH BERPERANGAI BUDAK-BUDAK....ENTAH BILA MAT SABU NAK JADI MANUSIA DEWASA...KEPADA MAT SABU TOLONGLAH MUHASABAH DIRI DAN LIHAT KE DALAM DIRI.....SEANDAI ANDA KENAL DIRI ANDA YANG SEBENAR AKU PERCAYA KAMU AKAN MALU DENGAN DIRI MU SENDIRI.....TERLALU RAMAI MANUSIA YANG BERAKAL WARAS SEDANG MEMERHATI GELAGAT,PERBUATAN ANDA....SESUNGGUHNYA MEREKA SEDANG MENILAI ANDA....SEANDAI ABANG MAT SABU DENGAR KOMEN DAN TEGURAN MEREKA BUAT ABANG MAT DAH TENTU ABANG MAT SABU TIDAK AKAN KELUAR DARI RUMAH KERANA AIB DAN MALU....MEREKA MELETAKKAN ABANG MAT SABU KE TEMPAT YANG PALING RENDAH.....LAINLAH KALAU ABANG MAT SABU MEMPUNYAI KULIT MUKA 12 INCI.....

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online