BREAKING NEWS

Sam Ketot suruh Ketua Polis pergi sekolah...


Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar dinasihatkan kembali ke sekolah, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin.

Ini kerana katanya, Ismail masih jahil dan gagal memahami sistem demokrasi dan pengasingan kuasa seperti mana yang termaktub dalam perlembagaan.

“Sebagai KPN, beliau bukan sahaja tidak boleh mencampuri urusan eksekutif, tetapi juga bidang perundangan dan kehakiman negara.

“Jelas, kenyataan KPN ini mengukuhkan lagi persepsi rakyat bahawa Polis ialah barua Umno BN,” katanya dihubungi Keadilandaily.com.

Beliau mengulas kenyataan Ismail yang menjangkakan BN akan kalah jika gagal menangani isu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Jika kerajaan (persekutuan) tidak dapat mengurus isu ini (ISA) dengan baik, ia akan membawa kepada kekalahan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,” kenyataan Ismail dipetik.

Ismail berkata demikian dalam satu bab bertajuk ‘Keamanan dan Keselamatan Ke Arah Pembentukan Negara Maju’ dalam buku berjudul ’1 Malaysia Menjana Negara Sejahtera dan Bahagia Menjelang 2020′.

Buku itu dikeluarkan sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan akta ISa akan dimansuh dan diganti dengan dua undang-undang baru.

Mengulas lanjut, Shamsul yang juga seorang peguam berkata, Ismail sepatutnya bersikap profesional dan memahami tugas sebenar polis.

“Tugas polis menjaga keselamatan rakyat dan bukannya mencampuri urusan politik,” katanya.

2 ulasan :

  1. saya tak minat nak baca apa yang di tulis Sam......tapi bekenan sangat tenguk gambar dia....sexy gak orangnya,cun,begetah.

    BalasPadam
  2. Tak minat apa yg si Ketot ni cakap sbb dia pun mcm tong sampah...berbau busuk dan segala sampah sarap ada dlm otak dia...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online