Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
MAMPOSS!!! Dr McDonald SAHKAN airmani Anwar boleh tahan 113 jam..
Comments : 2
Pasukan pembelaan perbicaraan liwat II hari ini tersentak apabila saksi mereka - "pakar DNA" dari Australia - Dr Brian Mc Donald bersetuju dengan andaian pendakwaan bahawa air mani boleh bertahan di dubur atau rektum antara empat hingga 113 jam.
Perkara itu diajukan kepada Dr Mc Donald, ketika beliau diasak oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden ketika memeriksa balas saksi itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Yusof merujuk kepada artikel 1997 yang bertajuk 'Sexual Assault and Semen Persistence' yang ditulis oleh GM Willot dan JE Ellard dan telah diterbitkan dalam jurnal perubatan.
Yusof: Berdasarkan jurnal ini, bukan sesuatu yang luar biasa untuk menemui air mani pada calitan kapas yang diambil dari dubur selepas empat hingga 113 jam?
McDonald: Saya bersetuju.
Dalam artikel 1982, Ellard menyatakan penemuan bahawa air mani boleh bertahan selama 65 jam di dalam rektum. Perkara itu, bagaimanapun telah menjadi satu pertikaian di kalangan pengamal perubatan dan komuniti saintifik.
Bukan mustahil
Yusof juga sebelum itu merujuk kepada tiga jurnal perubatan kes rogol luar negara yang menyatakan sel sperma mampu bertahan lebih daripada 100 jam.
Dr McDonald yang mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam mengendalikan ujian DNA mendapati perkara tersebut adalah mustahil dan enggan bersetuju dengan cadangan Yusof.
Beliau yang disoal peguam bela Ram Karpal Singh sebelum ini berkata penemuan berkenaan amat jarang berlaku dan ia tidak boleh dijadikan rujukan.
Namun beliau tidak menafikan perkara tersebut bukan mustahil.
Suasana juga tegang seketika apabila Yusof cuba memaksa pakar Australia itu supaya bersetuju dengan penemuan dalam jurnal yang dikemukakan termasuk menyuruhnya membuat andaian ia rujukan sahih.
"Saya tidak boleh baca kerana ia tiada rujukan untuk perbandingan. Melainkan ada orang boleh terjemah. Saya yakin orang dalam perbicaraan ini tidak boleh baca jurnal itu (yang dalam bahasa Thailand)," katanya di hadapan hakim Datuk Zabidin Mohd Diah.
Peguam Ram Karpal kemudian membantah tindakan Yusof.
"Anda tidak boleh suruh saksi untuk buat andaian maklumat dalam bahasa Thai," katanya dan dibenarkan hakim.
Mahkamah Tinggi sebelum ini diberitahu spesimen yang diperolehi dari dubur pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan telah mencecah tempoh masa hampir 100 jam sebelum diuji makmal Jabatan Kimia Malaysia.
Malah peguambela mendakwa sampel berkenaan tidak dikendalikan dengan baik dan berlaku pencemaran.
Bagaimanapun laporan pakar kimia, Dr Seah Lay Hong dan pembantu Dr Nor Aidora Saedon yang dikemukakan kepada mahkamah menyatakan sperma berada dalam keadaan baik ketika diuji walaupun telah terdedah kepada persekitaran.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
Salam..Apakah kita masih ragu-ragu dengan apa yang terkandung dalam Al-quran???? "MALIKI YAU MIDDIN"..."ZALIKAL KITA BULA ROIBAFIN"...ALLAH MAHA MENGETAHUI..Oleh itu marilah kita memohon KEAMPUNAN DENGAN PENUH KEIKHLASAN dengan ALLAH SWT semoga ditunjukkan jalan yang benar "IHDINAS SIROTAL MUSTAQIM" kalau keliru apa yang diperkatakan oleh saya sila rujuk surah Ali Imran...Wallahualam.
BalasPadamKAH KAH KAH...
BalasPadamSAMPAI SAKIT PERUT AKU GELAK NI..
BUKAN PAKAR DNA RUPANYA..CAKAP BERDEGAR2 MACAM HEBAT SANGAT. SIAP KUTUK DAN PANDANG RENDAH PAKAR TEMPATAN YG CONFIRM MEMANG PAKAR FORENSIK DNA.
SEBIJIK MACAM ANWAR. TEMBERANG JE LEBIH.
YANG PASTI, SECARA TEKNIKALNYA, SAKSI ANWAR NI TERBUKTI TAK CREDIBLE. SO GET LOST!
KAH KAH KAH