Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Kalau harapkan Anwar dan Nik Aziz, alamat "mati kering"lah pelajar kita ni..
Comments : 1
Seramai 47 pelajar Malaysia yang menuntut di Syria selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira- kira jam 3 petang tadi.
Kesemua mereka dibawa pulang dengan menaiki pesawat yang diterbangkan khas oleh Wisma Putra, ekoran pergolakan di Syria yang semakin meruncing.
Ketibaan mereka disambut oleh ahli keluarga masing- masing yang menunggu seawal jam 12 tengahari tadi.
Suasana pilu menyelubungi KLIA, apabila ahli keluarga yang menunggu dengan penuh sabar tidak dapat menahan sebak didada.
Bagi Mat Yusuf Latif yang datang dari Pulau Pinang memberitahu kepulangan anakndanya yang tercinta sangat dinanti- nantikan sejak dari awal berita pergolakan di Syria tersebar.
"Saya rasa alhamdulillah bersyukur dan kita masuk (laman sosial) Facebook pun kawan-kawan kata harap-harap apa yang dirancang berjalan dengan baik," katanya.
Katanya lagi beliau masih belum ada apa-apa perancangan bagi anaknya yang mengikuti pengajian syariaah di Universiti Ahmad Al-Quff Tarur.
Bagi Omar Farouk Ali Rejab, pelajar Universiti Mujama' Al Fatah Islami menyifatkan pergolakan di Dama Circus tidaklah seperti yang berlaku di Mesir beberapa bulan lalu.
"Sebenarnya keadaan di sana taklah seteruk seperti yang kita tengok dalam kaca televisyen, propaganda sahaja, cuma mungkin di luar Dama Circus keadaan teruk. Tak seperti di Mesir," jelasnya.
Bagi Mohd Afifuddin Tahar yang mengambil kursus Bahasa Arab dan Pengajian di Mahaddauni pula memberitahu para pelajar di sana mengalami kesukaran dalam mengeluarkan wang selama dua bulan.
"Masalah mahu keluarkan duit tak boleh jadi macam pelajar yang tidak mendapat tajaan mengalami kesukaran untuk membayar wang pengajian, rumah sewa jadi ramai yang tak ada duit," katanya.
Wisma Putra sebelum ini menyatakan, tindakan membawa pulang kesemua pelajar tersebut diambil setelah rusuhan rakyat Syria semakin memuncak dan mula membahayakan keselamatan pelajar Malaysia di sana.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
JANGAN TAK TAHU TAHU....NIK AZIZ TU ADA KESAKTIAN YANG AMAT LUARBIASA..APA SAJA YANG DIMINTA NYA PASTI MAKBUL PENJAGA PINTU SYURGA KATAKAN....PENUNTUT SYRIA YANG PRO PAS MENUNGGU NIK AZIZ DAN PEMBESARNYA AKAN MENGIRIMKAN BAHTERA HIJAU BAGI MANJALANKAN MISI MENYELAMAT DAN MEMBAWA PULANG PELAJR KE MALAYSIA....ATAUPUN NIK AZIZ GUNAKAN DOA MUSTAJABNYA UNTUK MINTA SEBUAH PESAWAT DARI SYURGA BAGI MENJALANKAN MISI TERSEBUT...ATAU PUN SELURUH PENGIKUT PAS DI TANAH AIR BUAT SEMBAHYANG HAJAT PERDANA DI MANA-MANA PADANG, BERDOA DAN SEMBAHYANG HAJAT AGAR PELAJAR KITA SELAMAT PULANG.....KEPADA IBU BAPA YANG CELIK MATA DAN CERAH PINTU HATI TOLONGLAH BERFIKIR DAN BERMUHASABAH DIRI........
BalasPadam