Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Kebebasan bersuara ala Komunis oleh Guan Eng..
Comments : 1
Selepas akhbar Utusan Malaysia dan New Straits Times, stesen televisyen TV3 menerima nasib sama hari ini apabila dihalang daripada membuat liputan sidang akhbar Ketua Menteri, Lim Guan Eng di pejabatnya di Tingkat 28, Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini.
Tindakan berkenaan dibuat sebaik sahaja Setiausaha Agung DAP itu ditanya seorang wartawan mengenai tindakannya memburuk-burukkan Johor semasa temu bual dengan media asing di Singapura, baru-baru ini.
Menurut wartawan TV3, Selvam Arjunan, 27, Guan Eng secara tiba-tiba 'menghalaunya' keluar dari bilik sidang akhbar itu dengan alasan dia tidak sesuai berada di situ kerana kerajaan DAP Pulau Pinang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap stesen tersebut berhubung beberapa isu.
"Bila soalan itu ditanya wartawan Malaysiakini, Guan Eng terus berkata dia tidak akan jawab soalan itu selagi saya berada di situ. Bila saya tanya kenapa, dia menjawab tunggulah nanti, ada banyak isu membabitkan TV3 lalu saya diminta keluar.
"Saya benar-benar kecewa dengan tindakannya itu. Dia (Guan Eng) selalu meminta supaya diberi ruang untuk membalas setiap komen yang dibuat terhadapnya, tetapi bila diberi ini balasannya, dihalau begitu sahaja," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Difahamkan, sidang akhbar yang bermula kira-kira pukul 12 tengah hari itu pada mulanya berjalan seperti biasa apabila Guan Eng mengulas mengenai isu bantuan untuk mangsa kebakaran dan persoalan yang diutarakan pemimpin MCA mengenai tender terbuka.
Bagaimanapun, sebaik sahaja soalan mengenai isu memburukkan Johor ditimbulkan, Guan Eng terus menghalau wartawan terlibat dari sidang akhbar itu pada kira-kira pukul 1.15 petang.
p/s: Selama ni dorang kata memperjuangkan kebebasan bersuara.. Tapi kebebasan apa kejadahnya kalau main halau-halau orang ni?
Malaysiakini yang memang kaki fitnah tu pun tak pernah lagi kena halau dari sebarang majlis atau sidang media anjuran kerajaan..
So.., mungkin Guan Eng nak tunjuk.., inilah kebebasan bersuara versi KOMUNIS !!
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
Bila kerajaan x bagi mereka buat rusuhan jalanan, kata kerajaan sekat kebebasan bersuara.. Ni DAP halau wartawan keluar dari sidang media, apa cerrr?
BalasPadam93.8% Waris Kg Bharu sokong Perbadanan Pembangunan Kg Bharu. baca di sini...
http://apakecoh2.blogspot.com/