BREAKING NEWS

Wakakakaka.... Samsul Ketot CABAR Panglima Angkatan Tentera....


Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin mengingatkan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin supaya tidak melatah berhubung penipuan undi pos.

Shamsul merujuk kenyataan Zulkifeli yang menyifatkan tindakan empat bekas anggota tentera yang mendedahkan penglibatan mereka dalam undi pos semalam, sebagai satu pengkhianatan.

“Panglima Angkatan Tentera tidak perlu melatah, saya cabar dia apakah dia akan menafikan kaedah penyelewengan dalam undi pos ini tidak pernah berlaku di dalam kem-kem tentera.

“Kalau pendedahan ini dikatakan pengkhianatan, dia harus belajar lima rukun negara, antara asasnya iaitu keluhuran undang-undang dan kedaulatan perlembagaan.

Dia harus berlapang dada dan beri ruang untuk mengakui kesilapan,” katanya.

Shamsul yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka menambah, pendedahan dilakukan anggota tentera itu dilakukan secara terang-terangan dan bukan berselindung.

Justeru itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof wajar menjawab isu mengenai penyelewengan undi pos yang didedahkan.

“Kita mahu pengerusi SPR menjawab, pendedahan ini sudah cukup kuat untuk memberitahu kepada kerajaan bahawa sudah sampai masanya sistem undi pos ini dihapuskan.

Saya percaya rakyat di bawah marah dan tidak puas hati dengan penipuan yang dilakukan,” ujarnya.

4 ulasan :

  1. Biasalah sikap Mamat yang tak cukup inci ini. Orang pendek tapi angin besar.
    Patutnya Samsul Ketot cabar Anuar Berahi bersumpah lakhnat, serah simpel DNA baru boleh kata Hero Ketot..kah kah kah

    BalasPadam
  2. salam

    saya dah linkkan blog ini di blog saya. harap saudara dapat linkkan blog saya di blog saudara

    BalasPadam
  3. Kalau Mualaf tu cuma dibayar RM400, apalah sangat harga 4 bekas tentera ni

    Ada banyak sebab 4 tentera ni bertindak sedemikian selain diatas

    1. kecewa tak naik pangkat
    2. Kecewa kerana ada hajat yang tak kesampaian

    Soalnya kenapa baru sekarang nak mengaku?

    adakah waktu itu belum nampak bulan?

    adakah waktu itu belum ada bulan gerhana?

    kalau ada pengkhianat negara selain Anwar, inilah 4 orang bekas tentera !!

    BalasPadam
  4. Oii!!! ketot... g la suruh ketua penipu ko tu patuhi keluhuran undang2

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online