BREAKING NEWS

Pengguna browser Internet Explorer adalah BODOH?


Satu kajian baharu mendapati para pengguna perisian Internet Explorer (IE) adalah bodoh kerana mereka memiliki purata tahap kecerdasan intelektual (IQ) cuma 80, lapor sebuah akhbar semalam.

Internet Explorer (IE) yang mula digunakan pada awal 1990-an merupakan sistem operasi komputer popular ciptaan firma Microsoft yang diterajui bilionair, Bill Gates.

Kajian tersebut dilakukan oleh firma perunding Kanada, AptiQuant yang menguji 101,326 orang berusia 16 tahun dan ke atas dari pelbagai negara termasuk AS, Kanada, Britain, Australia serta New Zealand.

Mereka diminta mengambil ujian IQ manakala sistem operasi dan lokasi komputer mereka direkodkan menerusi alamat protokol Internet (IP).

Kajian mendapati mereka yang menggunakan IE rata-ratanya hanya memiliki IQ cuma sekadar 80.

Menurut skala IQ, kepintaran manusia normal ialah 100 manakala angka 80 dan ke bawah menunjukkan seseorang itu mengalami terencat akal.

Kajian sama mendapati pengguna sistem operasi Firefox atau Google Chrome memiliki IQ melepasi tahap normal iaitu sekitar 110.

Pengguna sistem operasi Opera atau Camino dikategorikan sebagai paling bijak dengan tahap IQ sekitar 120.

Kajian tersebut merumuskan bahawa IE masih popular dalam kalangan jutaan pengguna kerana ia mudah dan seseorang itu tidak memerlukan IQ yang tinggi untuk menggunankannya. -Agensi/Kosmo




p/s: Nasib baik gua guna Google CHROME.. Ni bermakna gua tak tergolong dalam kategori bodoh lah yee... Hahahahaha...

Tapi korang jangan risau.. kajian ni terpakai untuk orang putih je sebab ia dibuat di Eropah.. Kat Malaysia ni semua nya pandai-pandai belaka...

4 ulasan :

  1. kajian itu menunjukkan microsoft ni bijak. sebab semua orang mudah guna ie. zaman sekarang ni orang bijak saja tahu bagi mudah orang. sepatutnya tajuk di atas begini ' microsoft memang hebat sebab orang bodohpun boleh guna ie. Yang lain orang tak mau guna sebab susah sikit bukan kerana mereka bodoh sepertimana kata kajian ni. sebenarnya, orang bijak la yang akan cari jalan paling mudah untuk berbuat sesuatu.

    BalasPadam
  2. Haram betoi kena getah aku

    BalasPadam
  3. orang malaysia bukan semuanya pandai..penyokong pembangkang tu semua iq bawah 50 hehehehe.mahfuz tu contoh terbaik hehehehe.

    BalasPadam
  4. Aku plak guna tiga-tiga sekali.. kategori mana tu ek..

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online