Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Kedutaan Malaysia di Mesir adalah suruhan UMNO - Dewan Ulamak PAS
Comments : 6
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat kesal dengan sikap pihak kedutaan Malaysia di Mesir yang gagal memainkan peranan untuk menjaga kebajikan pelajar di sana.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas insiden kemelut pelajar Malaysia di Mesir yang menjadi mangsa pihak yang tidak bertanggungjawab apabila menyertai himpunan aman Bersih di sana.
“Pihak kedutaan dilihat mewakili Umno dan bukannya rakyat Malaysia. Saya ingin mengingatkan pihak kedutaan dan kerajaan Malaysia bahawa pegawai yang dilantik untuk menguruskan hal ehwal kebajikan pelajar di Mesir adalah lantikan kerajaan dan bukannya lantikan politik.
“Gaji mereka dibayar oleh seluruh rakyat Malaysia dan bukan Umno yang membayarnya,” ujar beliau lagi.
Menurut beliau, pegawai yang dilantik oleh kerajaan hendaklah beramanah dalam menunaikan tanggungjawab yang diberikan dan bukannya menjadi orang suruhan Umno.
“Takutlah doa orang yang dizalimi, di Terengganu kita telah mengadakan solat hajat agar kemelut pelajar kita di Mesir dapat diselesaikan segera,” ujarnya yang juga Ketua Penerangan PAS Terengganu.
Mengulas kenyataan pimpinan Umno sejak kebelakangan ini yang mahukan semua komponen BN mendengar rintihan rakyat, katanya ia menunjukkan mereka amat terdesak.
Sehubungan itu, beliau meminta agar pemimpin Umno jangan bercakap bohong kepada rakyat.
Katanya, rakyat sekarang sudah pun tahu bagaimana mereka telah ditipu oleh Umno yang hanya meminta simpati rakyat apabila terdesak sahaja.
Selama ini, ujarnya segala kekayaan negara hanya diagihkan sesama kroni mereka sahaja, habis kekayaan rakyat hanya berkisar kepada individu tertentu sahaja yang mempunyai kepentingan dengan Umno.
“Dengan kekayaan yang dimiliki oleh negara kita , tak sepatutnya kita masih memiliki rakyat yang miskin dengan jumlah yang tak dapat diterima akal.
“Segala kekayaan di dunia boleh kita dapati di Malaysia, tapi amat malang sekali Umno tidak menggunakannya untuk rakyat tetapi sebaliknya mengeksploitasikannya untuk periuk nasi kroni Umno, ahli Umno di Malaysia pun tertindas,” ujar beliau lagi.
Beliau seterusnya menyeru seluruh rakyat Malaysia agar bangkit menentang kezaliman Umno dan sudah tiba masanya saat kejahatan Umno dikuburkan dalam PRU yang akan datang.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
Sendiri cari penyakit nak lawan kerajaan pastu bila kerajaan tak bagi biasiswa dah mula nak menyalak tak tentu pasal...memang dasar tak sedar diri...
BalasPadamSorry of topic...
BalasPadamCerita best ni...
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/2010/10/tkm-1-ppinang-bila-nak-ambil-tindakan.html
Saya setuju dgn kenyataan Yb Harun Taib bahawa pegawai yg di tugaskan di Mesir dibayar gaji oleh kerajaan dan mesti bertanggung jawab. Pelajar juga ditaja biasiswa atau pinjaman untuk belajar dan bukan untuk demonstrasi di negara luar. Sebagai pegawai yg bertanggung jawap perlulah ambil tindakan kepada pelajar2 ni sebab bukan parti PAS atau PKR yang menanaggung mereka tetapi kerajaan. Hari ni BN yang perintah, maknanya kerajaan tu diterajui BN. Kalau sampai giliran PAS pun begitu juga tindakannya kalau ada pelajar ditaja berdemo di Mesir yg menentang kerajaan negeri biasiswa pun kena tarik balik juga. Jadi tak payah melalak lah. Sendiri buat, sendiri tanggung.
BalasPadamhamPAS jangan lah cuba nak mencari kesalahan orang lain. hamPAS lebeh banyak buat yang tak betul tapi selalu menudoh orang lain. Sanggup menjual agama hanya kerana untok mendapatkan keuntongan yang tidak seberapa di dunia ini. Takut sangat pada DAPigs kerana teloq nya dah di pegang oleh DAPigs.
BalasPadammemang patut di belangkung saja orang-orang hamPAS ni !!!
BalasPadamSepatutnya Harun Taib kena bagi warning sama dengan Al-Azhar yang buang pelajar-pelajar PAS tu sebab al-Azhar dah jadi orang suruhan UMNO tak sokong BERSih. Kalau setakat nak warning kedutaan Malaysia tak payah nak tunjuk tererlah, cukup bagi PMRAM sajalah - budak2 suruhan PAS
BalasPadamBekas Ahli Usrah PAS Kedah