BREAKING NEWS

PAS bakal HILANG nama Islam di partinya..


PAS didesak membuang nama Islam di parti tersebut gara-gara tidak membela pendirian Exco Agama Kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Mohd Ali, yang menyokong langkah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat pemeriksaan kontroversi tanpa waran di majlis makan malam dalam perkarangan Gereja Methodist di Damansara Utama, minggu lepas.

Ini kerana, PAS didakwa tidak lagi mementingkan aqidah umat Islam sehingga sanggup tunduk pada kemahuan PKR dan DAP sebagaimana yang diperlihatkan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor merangkap Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Malah, pihak yang menyokong Khalid juga berpendapat bahawa tindakan JAIS yang disokong Hassan tersebut telah mencalar imej Islam, bahkan imej parti sendiri.

Setiausaha Agung Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan), Syed Anuar Syed Mohamad berkata, perjuangan Pas sekarang hanya semata-mata politik dan bukannya berusaha menegakkan Islam seperti mana matlamat pada awal penubuhannya.

''Disebabkan politik mereka terpaksa akur dengan desakan dan tekanan daripada rakan-rakan partinya yang lain sama ada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahupun DAP. Ini yang berlaku sekarang,'' katanya.

Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Md. Yassin mahu Pas menggugurkan perkataan Islam kerana parti berkenaan tidak layak menggunakan perkataan yang amat suci itu.

Beliau berkata, jika Pas sebagai sebuah parti Islam bertanggungjawab sudah tentu parti itu akan segera mempertahankan tindakan JAIS dalam usaha menyelamatkan segelintir akidah umat Islam daripada terpesong.

Ini kerana PAS sekarang jelas terbukti tunduk pada kemahuan PKR dan DAP semata-mata.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, sebarang perkara yang melibatkan akidah tidak boleh dikompromi serta bukan perkara dagangan politik. Sepatutnya Pas tegas menyatakan pendirian mereka menegakkan Islam tanpa perlu berdolak dalik.

''Maka wajar perkataan Islam dalam Pas dibuang kerana mereka jelas tunduk kepada tekan pemimpin PKR dan DAP ,'' katanya lagi.

Seorang lagi bekas setiausaha Sulit Anwar, Muhamad Rahimi Osman berkata, apa yang berlaku itu adalah hasil kejayaan Anwar mempengaruhi Pas supaya parti itu lebih terbuka dan liberal.

''Jika dahulu saya sendiri masih ragu-ragu untuk menentang Pas kerana beranggapan Pas sebagai sebuah parti memperjuangkan Islam, kini semuanya sudah jelas.

''Pas tidaklah berbeza dengan PKR dan DAP. Kini kepentingan politik DAP, PKR serta meraih sokongan orang bukan Islam telah menjadi tajuk utama perjuangan Pas,'' katanya lagi sambil berharap Pas sedar dengan kepincangan yang berlaku dan kembali berjuang demi Islam.

3 ulasan :

  1. Islam itu suci/syumul. setiap tindakan yang berlandaskannya tentulah mencerminkan wajah2 mereka yang bersih dan takwa kepada Allah. sekranya sebaliknya bagaimana pula hendak menlainya?

    BalasPadam
  2. sepatutnya jadi parti munafik semalaysia. baru ngam!!!

    BalasPadam
  3. Parti Cintai Nik Aziz (PaCNA).. lagi baik..sebab serabut tengok muko nik aziz ditepek merato2

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online