BREAKING NEWS

PANASS!!! Bila Wardina cakap pasal isu Gereja..


Artis yang sorang ni bersetuju dengan Dr Asri pasal pandangan mengenai orang Islam masuk ke gereja.. Kalau tak dia takkan share isu ni kat wall fesbuk dia kann..

UPDATE !! (Maaf sebab sebelum ni gua ingat kenyataan dia.. rupanya bukan...tapi point dia tetap sama..)

Nampaknya artis ni pun nak join jugak bincang pasal isu Gereja yang nak memurtadkan umat Islam.. Baguslah.. Jangan kata gua nak sekat kebebasan bersuara dia pulak yee..

Tapi, kalau tengok status FB dia tu, kenapa pulak ada kaitan isu memurtadkan umat Islam dengan larangan orang kafir masuk ke Masjid? Bila pulak kerajaan tak bagi orang bukan Islam masuk ke Masjid?

Yang kita larang ialah.., orang bukan Islam mempolitikkan Masjid dan juga mempergunakan Masjid untuk kepentingan parti dorang.

Orang bukan Islam cuma tak dibenarkan masuk sehingga ke tempat sujud umat Islam/mimbar kerana mereka tu berhadas besar dan tak disucikan..

Takkan ini pun "Ustazah" Wardina tak faham?

Lagi satu.., kita memang sepatutnya bimbang bila umat Islam mula masuk ke Gereja bukan diatas sebab untuk berdakwah.. Dikhuatiri iman kita belum cukup kuat untuk lawan seribu macam godaan yang ada disitu..

Sebagai contoh..., cuba bayangkan anak Wardina sendiri masuk ke Gereja tanpa pengetahuannya.., adakah dia tak perlu bimbang?

Dan akhir sekali.., berkenaan isu toleransi agama dengan puak-puak kafir.., gua suka nak suruh dia faham betul-betul dengan terjemahan Surah Al-Kafirun yang gua letak kat bawah ni...

Faham betul-betul dengan ayat "lakum dinukum waliyadin".. Untukmulah agamamu.., dan untukkulah agamaku !!!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Katakanlah: “Wahai orang-orang kafir, Aku tidak menyembah apa yang kamu sembah.

Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah.

Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah.

Untukmulah agamamu, dan untukkulah, agamaku”.


p/s: Harap Wardina tak SAMAN gua pasal artikel ni.. Gua pun ada KEBEBASAN BERSUARA jugak.. Hahahaha...

23 ulasan :

  1. Assalam Bro

    Nak tunjuk pandai tapi kurang cerdik...

    BalasPadam
  2. WARDINA OH WARDINA...

    mengapa begitu singkat cara pemikiranmu? ko ni IQ level brp sebenarnya?

    ko ni tak pernah belajar pendidikan Islam ke? takkan ko tak tahu apa itu aurat, apa itu hadas, apa itu adab, apa itu tertib? jika nak masuk masjid dan tempat solat umat Islam, kita ada adab2 tertentu.

    berkenaan ke gereja, MPP dah terangkan kat artikel dia. baca sendiri.

    p/s : wardina suka ke anak dia pergi ke gereja setiap masa sekadar suka2 atau untuk makan free ATAU tak kisah jika anak dia dlm keadaan kotor serta tidak beradab masuk ke dlm masjid? sila jawab..

    BalasPadam
  3. Nak kena suruh Media Prima ambik tindakan lagi sekali atas makchik nie...suruh cuti 6 bulan pulak.

    BalasPadam
  4. wardina terlalu terbuka

    dan dia sendiri darah campuran
    asal darah keturunan dia pun
    campuran bukan melayu
    dan dahulunya darah yg bukan islam.....

    BalasPadam
  5. ini semua belajar dari pork nik ajis

    BalasPadam
  6. maklumat yang dia berikan itu tidak tepat. Orang bukan Islam tak ada masalah untuk dibenarkan masuk ke jika bersebab. Nak repair masjid pon boleh. nak tengok pon boleh...macam masjid putera jaya...tapi kalu nak buat porak peranda..atautujuan politik putar belit dan niat keji yang tersirat itu memang patut dilarang..

    BalasPadam
  7. ehhh buat2 bodoh lak ustazah kita ni
    jadi bodoh betul kang..
    baru tahu

    BalasPadam
  8. salam..petikan tu wardina ambik dari dr maza facebook,,, tp mungkin just niat untuk share mungkin... saya pun mempertikaikan apa yang wardina cakap cz masjid putrajya pon org bkn islam boley masuk tp mgkin tujuan dia untuk share

    BalasPadam
  9. wardina!
    kenapa ek lelaki dan perempuan yang bukan muhrim dilarang malah diharamkan duduk berdua duaan?

    mana lagi baik ek, pegang anjing yang kering dengan tak pegang langsung?

    Mana lagi baik makan dikedai kafir yang halal dengan tak makan langsung dikedai tersebut?

    Mana lagi baik ek, tutup mulut dan diam dengan buka mulut melalut lalut?

    BalasPadam
  10. salam...pn wardina! cer citer...kalau Pn dlm hadas besar....boleh masuk mesjid?? ni kan pulak kafir yg tak pernah nak bersuci dari berhadas kecil jauh sekali hadas besar!!! lain kali suruh teresa cock belajar mandi hadas dulu baru boleh masuk surau k!!

    BalasPadam
  11. saya pernah masuk gereja untuk buat as built drawing untuk kerja pengubahsuaian. bukan sekali tapi banyak kali.

    bersembang2 dgn sisters, ambil benih pokok yang diberi sisters dari gereja malah pokok tersebut sihat subur di rumah saya.

    tapi akidah masih Allah kekalkan, alhamdulillah.

    MPP patut lebih terbuka. jgn jadi bahan ketawa orang bukan islam.

    BalasPadam
  12. terserlah kekurangan kepintaran anda dalam artikel ni...pergi dalami ilmu agama bro...jangan ambek hal politik jer...terima kasih...

    BalasPadam
  13. Kalau nak masuk gereja dengan tujuan menambahkan Ilmu, memang tak salah. Nak solat dalam gereja pun tak salah. Tapi bagaimana pula kalau orang Islam masuk gereja diatas sebab sebab yang bercanggah dengan Surah Al Kafirun. Ini bukan kes one size fits all. Bukan semua orang Islam mempunyai pegangan akidah yang kuat dan mungkin boleh dipengaruhi. Dalam situasi begini, lebih baik elakkan dari masuk ke dalam gereja.

    BalasPadam
  14. apa la blogger ni.. cetek sungguh la minda.. meh sini.. duduk kat england.. bercampur sket ngan org2 lain2 mazhab... pastu bercampur sket ngan macam2 org.. bagi buka sket minda... sbb tu org kata.. pergi merantau.. belajar cara org.. bukan minda sempit camni.. haish.. nauzubillah.. lagi kita bnyk tuntut ilmu.. lagi bnyk diam sepatutnya... ini duduk terperuk kat mesia.. pastu nak comment cam hebat sgt... macam awak sorang je la yg belajar agama kat skolah pondok.. aiseyman.. bikin malu org islam je.. ceh!!!

    BalasPadam
  15. ala.. kalau boleh tapis2 nak terbitkan comment sape.. baik tak yah publish your blog.. seriously.. u have a very close mind... kalau berani nak comment org.. berani la nak terima pendapat org.. i challenge u to open the discussion to all... not to choose whichever comments u think supports you.. huh.. pengecut!!

    BalasPadam
  16. politik juga termasuk dlm tuntutan agama... :)

    BalasPadam
  17. Wardina deleted my comment. So much for membuka minda.

    BalasPadam
  18. To Tanpa Nama 6.22pm

    Tak payah nak duduk England baru nak buka minda. Orang di Malaysia dibesarkan dengan penduduk yang berbagai kaum dan ugama sejak lahir lagi. Perkara murtad yang MPP tulis tu terjadi di Malaysia, bukan di England.

    Sebelum kau ke England, pikiran kau memang tertutup ke? Dah sampai England baru terbuka? Kalau macam tu, aku memang kesian kat engkau.

    BalasPadam
  19. Ladyct

    Politik juga termasuk dalam tuntutan agama - tapi tidak boleh bercanggah dengan ajaran Islam.

    Jangan gunakan agama untuk kepentingan politi.

    BalasPadam
  20. tak payah melambakkan komen sedara disini...sekiranya anda berfikiran seperti itu cukuplah anda sahaja..tak payah nak melibatkan org ramai...setiap org ada pandangan masing2.yg membezakan setiap butir pandangan kita adalah tingkat taqwa..so tak payah nak tunjuk pandai kat sini...lebih elok kita menggunakan bulan yg ramadhan ni beramal ibadah dan tingkatkan segala amal dan bukannya menambah dosa2 kecil...so anda kalau ingin berbicara lebih mengenai ini,lebih dulu kenal Allah...solat biar mantap dan diri tu mmg Allah kenal...jgn cakap seperti org yg tiada ilmu...selamat berpuasa...

    BalasPadam
  21. org yg tulis artikel ni macam terlalu naif atau jumud tentang teknik dn pendekatan dakwah.Pernah baca sirah kulafa ar-rahidin tak mcm ne teknik dakwah saidina ummar r.a terhadap pembesar2 nasrani?.Knp nk terlalu takut dengan gereja dan bible.sedangkn kite ade al-quran yg maha tinggi. iman kite goyah bukan faktor luaran atau gereje tetapi sbb kite sendiri yg tk mengkaji al-quran sebaiknye.baca asbabul nuzul ayah surah al kafirun dn kno dia diturunkn,kpd siapa ia diturunkn.dan pengajaran surah tersebut ..

    BalasPadam
  22. sesetengah tu rasa open minded bila dah pergi ke england! jadi orang2 malaysia yg tak pernah pergi ni otak sempitla?

    bila bab kafir masuk ke masjid, memang tak de larangan nak masuk2 tinjau2 melawat bahkan mengagumi seni binaan masjid. namun syaratnya tetap ada. kena tutup aurat, tidak memasuki kawasan solat & yg penting dlm keadaan bersih!

    tapi jika si kafir masuk utk berceramah politik & keadaan mrk juga diragui berhadas, tidak ikhlas utk berbincang, atau hanya sekadar berlakon baik sedangkan tiada sekelumitpun niat nak belajar tentang Islam bahkan membelakangkan imam & khariah masjid bila berucap psl politik kepartian dia sj, tak payahla nak mengada2 masuk masjid!

    kita juga tidak dibenarkan masuk ke gereja utk ikut melakukan upacara keagamaan mrk. hindarkan perkara sesat begitu. jika masuk sekadar utk melukis krn kerja kursus, memang tak salah. tapi time dia orang melakukan upacara keagamaan, you alz masuk jugak ka? isy!

    dan jika terpengaruh memandang patung di salib, cepat2la beristighfar!! 95-97 ambo & batch ambo di lancashire & pernah melawat rumah2 orang tua & dlm bilik satu orang tua tu ada salib. kawan ambo pernah terpacul keluar dari mulutnya kata "kesian Nabi Isa..!" & ambo suruh dia beristighfar segera krn kita wajib yakin itu bukan Nabi Isa A.S krn Baginda diselamatkan Allah SWT ke langit..

    mentaati ajaran Islam bukan bermakna kita 'narrow minded' bahkan otak Muslimlah yg bijak memecahkan kebuntuan sains selama ini...pergi baca apa kata saintis2 Islam tentang ciptaan Allah SWT berbanding dgn saintis kafir...

    ingatlah, bumi mana pun kita pijak, Islam tetap menjadi tunjang kepercayaan kita, bukannya membiarkan pihak gereja memurtadkan orang2 Islam atas nama bantuan!

    let me see, some idiosyncrasies think that when we're not in england, we're narrow-minded? hmmm..so much so for open-minded, eh?

    Astaghfirullaahila'ziim!

    BalasPadam
  23. assalamualaikum....nie juz pndangan saya ja n apa yg sy plajari sblm nie....kita sebagai org islam xboleh lgsung nk bndingkan islam ngn agama lain...kt kna utamakan islam agama yg 1...brdosa bg kt utk mnyamakan islam ngn agama lain...n brdosa jika kt mmbanggakan agama lain...tiada agama lain slain islam yg 1....

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online