BREAKING NEWS

PANAS MELETOP !!!! Sultan Selangor DI HINA oleh PAS dan Pakatan.. Rakyat Selangor WAJIB pertahankan Sultan!!!


Gua rasa sudah tiba masanya rakyat Selangor yang mengaku hormat dan sayangkan Sultan Selangor patutnya nyatakan bantahan dan hentam betul-betul PAS dan Kerajaan Pakatan Khalid Gagap..

Takkan korang semua nak biarkan je puak-puak laknatullah tu HINA Sultan dan HINA agensi penguatkuasaan agama yang bernaung dibawah Duli Tuanku?

Hari ni Majlis gama Islam Selangor sendiri dah buat kenyataan pasal tindakan paling kurang ajar puak-puak Pakatan ni menghina Sultan..

So.., rakyat Selangor keseluruhannya patut menunjukkan taat setia pada Sultan dengan buat bantahan besar-besaran pada Khalid Gagap.., Khalid Samad.., Anwar Ibrahim dan juga seluruh pemimpin Pakatan..

Kalau boleh.., halau je dorang tu keluar dari negeri Selangor sebab dorang langsung tak heran dengan Sultan yang jadi Ketua Agama di dalam negeri..

Tunggu apa lagi wahai rakyat Selangor semua..? Takkan Korang sanggup biarkan Sultan korang di HINA oleh PAS dan Pakatan laknatullah???

Takkan korang semua takut pada Khalid Ibrahim dan Khalid Samad?

Takkan korang semua kecut terhadap Teressa Kok dan Ronnie Liu? Ayuh bangun pertahankan Sultan korang!!!!





Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menegaskan mana-mana pihak yang mempertikaikan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya baru-baru ini secara tidak langsung bermakna tidak menghormati Sultan Selangor selaku ketua agama Islam negeri.

Pengerusi Mais Datuk Mohd Adzib Isa menegaskan, ini kerana Jais tidak terikat dengan kerajaan negeri Selangor, sebaliknya agensi penguatkuasaan itu terletak di bawah kuasa Sultan Selangor.

“Sultan Selangor adalah ketua agama negeri Selangor dan dari segi strukturnya Mais terletak di bawah Sultan Selangor dan Jais terletak di bawah Mais.

“Jais adalah badan bebas… tidak terikat dengan kerajaan negeri Selangor dan Jais adalah pelaksana atau badan pentadbiran,” katanya.

Justeru beliau meminta semua pihak tidak mempertikaikan tindakan Jais yang melakukan pemeriksaan ke atas majlis malam malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.

Tindakan Jais itu bagaimanapun mendapat kritikan banyak pihak.

“Jangan pertikai tindakan Jais itu kerana Jais hanya melakukan perkara itu mengikut peraturan sedia ada.

“Kalau pertikai tindakan Jais macam pertikai kuasa Sultan Selangor dan kita perlu tahu hal ehwal agama Islam terletak di bawah kuasa Sultan Selangor tapi ramai yang tidak faham perkara ini,” kata Mohd Adzib.

Gereja Methodist Damansara Utama menjadi tumpuan sejak beberapa minggu lalu selepas Jais melakukan pemeriksaan ke atas satu majlis makan malam muhibah anjuran Harapan Komuniti di premis itu.

Jais berkata, tindakan mereka hanya bersifat pemeriksaan tetapi pengurusan gereja mendakwa agensi itu melakukan serbuan.

Terlebih dahulu dalam ucapan perasmian Seminar Mendaulatkan Islam-Agama Negara di Masjid Negeri di sini, Mohd Adzib berkata sebagai ketua agama Sultan Selangor mempunyai kuasa dalam soal hal ehwal agama Islam.

“Mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri Selangor, Sultan Selangor adalah ketua agama Islam dan baginda mempunyai kedaulatan dan kuasa dalam hal ehwal agama Islam.

“Penasihat utama baginda yang berfungsi sebagai penggubal dasar bagi hal ehwal agama Islam adalah Mais, justeru Mais bukan sekadar sebuah agensi kerajaan yang patuh dan tunduk kepada arahan-arahan pihak-pihak lain malah Mais adalah pihak berkuasa utama agama Islam selepas Sultan Selangor,” katanya di hadapan kira-kira 100 orang.

Tambah beliau: “Manakala Jais pula adalah jentera pelaksana kepada semua dasar dan polisi yang diputuskan Mais.”

Selain itu kata Mohd Adzib, semua pihak perlu memahami struktur pentadbiran agama Islam Selangor bagi mengelakkan salah faham.

Sementara itu panel seminar itu Ahli Lembaga Penyimpan Amanah Dewan Amal Islami (Damai), Mahamad Naser Disa juga mempertahankan tindakan Jais sambil menyifatkan kerajaan negeri tidak sewajarnya menyalahkan agensi penguatkuasaan itu.

“Jais bapa dia adalah Mais dan seterusnya Sultan Selangor dan Mais bebas daripada kerajaan negeri Selangor iaitu di bawah kuasa Sultan Selangor tapi Jais dihentam teruk,” katanya.

1 ulasan :

  1. bagitulah jadinya jika kerajaan negeri bertuankan kafir harbi dap. mrk sanggup mengenepikan titah tuanku Sultan utk mengekalkan kuasa politik yg jijik..bertopengkan keadilan konon! adil apa jika hak orang Islam dpandang remeh? org melayu terus diperbodohkan dgn campurtangan kafir dlm hal ehwal agama Islam & Adat Istiadat Raja2 Melayu

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online