BREAKING NEWS

HOT!!! Rakyat Penang dah BAKAR HQ Regim DAP Negeri...


Wohaa..., tak pernah lagi dalam sejarah negeri ni ada Ibupejabat parti pemerintah kena bakar.. Regim DAP Guan Eng dah pecah tradisi ni nampaknya..

Masa zaman BN/Gerakan dulu tak pernah pun jadi macam ni walaupun puak-puak Pakatan tuduh Guan Eng lebih baik dan mulia dari Tsu Koon..

Bagi gua, ni lah bukti bahawa rakyat Penang dah meluat sangat dengan Regim DAP dan pemerintahan Guan Eng..

Kalau dah sampai tahap bakar-bakar ni.., kira betul-betul punya meluat lahh... Macam ni punya keadaan.., korang rasa regim DAP boleh menang masa PRU nanti ke di Penang?

Pendapat gua, paling koman pun Guan Eng mesti kalah teruk dikawasan yang dia bertanding.. Bak kata pepatah.., "menang belum pasti.., kalah tu dah tentu.." Hahahahaha...




Ibu pejabat DAP Pulau Pinang yang disimbah cat merah empat hari lalu, sekali lagi menjadi sasaran dengan percubaan membakar bangunan itu. Kali ini deretan akhbar lama yang diletakkan di luar bangunan itu dinyalakan pada kira-kira jam 3 pagi.

ADUN Komtar Ng Wei Aik, yang menulis di Twitter berkata: “Ada orang cuba bakar HQ DAP Pulau Pinang sekitar jam 3 pagi. Semua suratkhabar di luar HQ dibakar. Serangan kedua selepas empat hari.”

Ketika dihubungi, Ng berkata api berjaya dipadamkan oleh jiran-jiran di kawasan itu dan Jabatan Bomba kira-kira 20 minit kemudian. Bomba datang kira-kira 15 minit kemudian, setelah dihubungi oleh penduduk tempatan.

Tindakan mereka berjaya menghalang api daripada merebak ke bahagian lain bangunan itu.

"Sebiji botol dijumpai tetapi kita tidak dapat menentukan sama suspek itu menggunakan minyak tanah untuk memulakan api. Bomba telah ambil botol itu untuk diuji,” katanya.

"Seorang jiran yang tinggal di hadapan bangunan nampak seseorang menaiki motosikal meninggalkan kawasan itu selepas api dinyalakan.”


Ng percaya kejadian itu bermotifkan politik dan katanya, DAP akan membuat laporan polis pagi ini.

Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow iakan mengadakan sidang akhbar pada jam 10.30 pagi ini bagi memberikan butiran kejadian kepada wartawan.

Ahad lalu, ibupejabat DAP di Jalan Talipon ini dan pusat perkhidmatan Ng di Lorong Seratus Tahun, disimbah dengan cat.

Pintu masuk, pagar dan lantai kedua-dua premis tersebut disimbah dengan cat oren, manakala papan tanda disimbah cat merah.

Sebuah kereta yang diletakkan di hadapan pusat perkhidmatan Ng juga turut disimbah cat.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada sidang akhbarnya semalam berkata serangan cat empat hari lalu mungkin berkaitan dengan tindakan Majlis Fatwa Pulau Pinang yang membuat larangan terhadap masjid atau surau di negeri itu menggunakan pembesar suara untuk bacaan Al-Quran sebelum subuh.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online