BREAKING NEWS

Mak Lampir tengah sibuk cari BUKTI dia bukan HANTU...


Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini meminta ketua Wanita PKR mengemukakan bukti jelas berhubung dakwaannya bahawa program pemutihan pekerja asing mensyaratkan mereka membaca 'skrip bersumpah' yang menyokong BN.

Ketua setiausahanya Tan Sri Mahmood Adam berkata, jika tidak Zuraida Kamaruddin harus membuat laporan polis berhubung dakwaan yang dinyatakan itu.

"Susulan laporan (akhbar) tersebut, KDN menyifatkan dakwaan Zuraida sebagai satu tuduhan berat kepada kepentingan negara...," katanya.

Zuraida pada 16 Ogos lalu dilaporkan mendakwa mendapat 'skrip bersumpah' yang jelas daripada anggota PKR yang menyelinap masuk ke lokasi tertentu.


Justeru, anggota parlimen Ampang itu menyifatkan program itu sebagai muslihat untuk menyeludup pengundi, sekali gus "cubaan untuk menjual kedaulatan negara".

Katanya, Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (6P) adalah inisiatif nasional yang tidak bermotifkan politik, sebaliknya bertujuan mendapatkan data biometrik pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk rasional keselamatan.

Usaha itu, tambahnya, penting dalam menangani masalah membabitkan kes-kes pemalsuan identiti dan dokumen perjalanan antarabangsa.

Mahmud juga berkata data biometrik yang diperoleh daripada program itu juga dapat meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan terhadap PATI dan terbukti berjaya menangani jenayah rentas sempadan.

Jenayah seperti pemerdagangan orang, penyeludupan manusia dapat dikurangkan sejak sistem biometrik dikuatkuasakan di semua pintu masuk negara, katanya.

2 ulasan :

  1. Memang la bingai pakatan haram ni....Isu keselamatan negara pun dia boleh dok kata tujuan nak bagi Pati mengundi...Pelik betul lah...Bukankah mereka gak yg dok selalu komplen pasal ramai sgt pendatang asing kat Malaysia ni.

    BalasPadam
  2. Cis, mulut ternganga macam tempayan.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online