BREAKING NEWS

Bulan puasa pun PAS sanggup buat FITNAH !!!


“Ya Allah, sampai hati depa gunakan nama saya. Saya tuntut depa minta maaf kerana buat fitnah terhadap saya pada bulan Ramadan.”

Demikian luahan kekesalan seorang daripada dua Besah binti Mat (450713-09-5010) ketika ditemui Sinar Harian di Taman Gasing, Jejawi Batas, di sini semalam dalam misi menjejak kebenaran susulan dakwaan Pemuda Pas bahawa berlaku penyelewengan data pilihan raya membabitkan tiga individu yang masing-masing didakwa memiliki dua kad pengenalan.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan kecurigaan Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda Pas, Suhaiza Kaiat apabila mendapati dua individu bernama sama dengan nombor kad pengenalan yang hanya berlainan pada dua digit terakhir didaftarkan sebagai pengundi di tempat berbeza.

Masih tergamam apabila Sinar Harian memaklumkan nama dan maklumat peribadinya didedahkan dalam akhbar, Besah mengakui tidak menyangka dirinya didakwa mengundi dua kali di tempat berasingan.

Menurutnya, dia hanya mengundi di Alor Lanchang, di sini bersama suaminya, Meh @ Bahari Yaakob, 73, pada setiap pilihan raya dan tidak pernah menukar daerah mengundi.

“Saya berasal dari Bohor Mempelam, Arau sebelum berpindah ke Jejawi Alor Lanchang setelah berkahwin pada usia 16 tahun.

“Kami sekeluarga tidak pernah berpindah keluar dari kawasan Jejawi Batas dan sekiranya saya didakwa mengundi dua kali di kawasan lain, itu bohong,” katanya.


PAS ni tak habis-habis menyusahkan rakyat.. Kemaruk nak menang PRU punya pasal.., dorang sanggup fitnah warga emas yang tak tau apa-apa..

Macam ni ke contoh parti yang kononnya bawah ajaran kitab dan rasul? Bulan puasa pun dorang fitnah selamba je macam hari-hari biasa..

Gua ingat bila Setan kena ikat bulan ramadhan ni, kurang lah sikit perangai haram pengikut PAS tu semua.., rupanya makin ligat beb..

Gua pun dah musykil sekarang ni.., Antara setan dengan pengikut PAS.., yang satu SETAN yang sebenar?




Pemuda Pas menemui tiga lagi ‘bukti’ yang didakwa penyelewengan data pilihan raya membabitkan tiga individu, dua di Perlis dan seorang di Kedah.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat berkata, pihaknya curiga apabila mendapati dua individu bernama sama, Azhar Bin Ahmad de-ngan nombor kad pengenalan yang hanya berlainan pada dua digit terakhir, didaftarkan sebagai pengundi di tempat yang berbeza di kawasan Parlimen Padang Besar, Perlis.

“Selain Azhar Ahmad, ada dua lagi individu iaitu Besah Mat dan Mansor Ahmad kita temui dengan ciri-ciri yang sama,” katanya.

Suhaizan berkata, apa yang mencurigakan pihaknya ialah identiti setiap individu itu hanya dibezakan dengan dua digit terakhir pada nombor kad pengenalan mereka.

“Nama, tarikh lahir, kod negeri, digit kesembilan dan digit ke-10 adalah serupa. Ini membuktikan ia bukan kebetulan, sebaliknya lebih mirip kepada suatu manipulasi pilihan raya,” katanya.

Lebih daripada itu, Suhaizan mendakwa, ketiga-tiga individu terbabit masing-masing mungkin mempunyai dua kad pengenalan dan boleh mengundi dua kali dalam satu pilihan raya.

“Mereka juga masing-masing mempunyai dua keahlian UMNO cawangan dan boleh mengundi dua kali pada mesyuarat UMNO,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mendesak SPR dan JPN memberikan penjelasan segera berhubung perkara itu yang disifatkan satu manipulasi yang sangat serius.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online