BREAKING NEWS

Lagi sorang artis bakal ikut jejak Bob Lokman?

Adeep The Fabulous Cat

Gua tengah berfikiran positif ni.. Baguslah kalau artis TFC ni dah berubah nak dekati Islam dan nak cari syurga..

Cuma gua harap dia jangan anggap dapat jumpa Islam dan dapat cari jalan ke syurga didalam politik.. Kalau nak jumpa syurga Pok Nik tu bolehlahh...

So.., harap-harap dia janganlah join PAS yee... PAS sekarang ni bukan lagi perjuangkan Islam.. Dorang tu dah jadi lebih "gereja" dari pihak gereja sendiri...



Salah seorang ahli kumpulan The Fabulous Cats (TFC), Adeep atau nama sebenarnya Abdul Mutalib Nahar, nekad untuk keluar daripada kumpulan tersebut dan bersara sebagai seorang penyanyi selepas membuat keputusan untuk terlibat dengan aktiviti dakwah.

Jelas pandangannya adalah pandangan terbaik dan ikhlas kerana sanggup meninggalkan rakan-rakan di saat nama kumpulan mereka mulai gemilang. Ia lebih mementingkan kerja-kerja untuk agama, yang sepatutnya menjadi contoh kepada artis-artis lain

Menurut ketua kumpulan itu, Cat Farish, dia menghormati keputusan Adeep walaupun dia tahu TFC kini kekurangan seorang ahli yang berbakat dalam bidang muzik.

"Kali terakhir kami dapat membuat persembahan bersama iaitu pada sebulan lalu di Sungei Wang Plaza. Kalau nak diikutkan, sudah lama dia berhasrat untuk bersara daripada kegiatan muzik.

"Memang sebelum ini Adeep banyak membantu dalam penciptaan lagu-lagu TFC. Bagaimanapun nasib baiklah seorang lagi anggota TFC iaitu Zizi sudah pandai menghasilkan lagu." katanya.

Bagaimanapun, Cat gembira dengan perubahan Adeep tetapi enggan mengganggu urusan kehidupan peribadi rakannya itu selepas ini.

7 ulasan :

  1. BAGUS LA TU..DH DPT HIDAYAH. TP JGN PLAK DPT HIDAYAH DARI WALLY SLIPAU SUDA. HUHUHU

    BalasPadam
  2. Bro Jeff.., kalau ikut wali slipau tu bukan dapt hidayah.., dapat bidaah tu ada laa... hahaha...

    BalasPadam
  3. PIMPINLAH MEREKA YG BERJALAN KE ARAH KEBAIKAN YG DIREDAI-NYA TANPA MEMBIARKAN MEREKA TERABA-RABA SEOLAH SEKUMPULAN ORANG BUTA MENENTUKAN RUPA GAJAH...

    BalasPadam
  4. muka macam ni...10 sen 3....wa tak pandang la...kalau nak jadi balaci pas ke pkr ke atau dap go a head bro....sememang nya puak fuckatan menanti-nanti org jenis mcm ni...shitt

    BalasPadam
  5. apalah korg sume gelabah sgt ni...mamat adeep ni singaporean la...bkn msian...asal nk tobat je masuk pas...igt pas je ke Islam dlm dunia?? yg mengutuk rupa die plak brani boh la rupa sendiri...kenal dulu dia...hati budi sgt mulia

    BalasPadam
  6. bro,aq rase mamat adeep nie lagi hensem dari korang sume dowh....x payah nk kutok sangat laa....pegi tengok cermin dulu laa...klau x de cermin aq boleh bagi pinjam....ambik terus pon x pe...haha..

    BalasPadam
  7. adeep lagi hensem laa...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online