BREAKING NEWS

Khalid Samad PERTAHANKAN kesucian Gereja yang dicemar JAIS..


Sekarang ni PAS di Selangor perjuangkan Islam atau perjuangan kebajikan Gereja?

Kalau tengok kenyataan terbaru Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor iaitu Khalid Samad berkenaan isu serbuan JAIS terhadap usaha memurtadkan umat Islam.., nampak macam PAS Selangor dah lebih "kristian" dari pihak gereja sendiri..

Apa kejadahnya masalah Khalid Samad tu bila dia mempertikaikan larangan untuk pihak gereja guna Al Quran dan Doa?

Khalid Samad juga semacam nak menggalakkan umat Islam masuk ke Gereja bila dia kata masuk ke tempat ibadat tu bukan petanda murtad..

Khalid Samad menunjukkan kebangangannya bila kata Najib masuk Vatican jumpa Pope, tapi tak murtad pun.. Jadi bagi dia tak salah kalau umat Islam masuk gereja di Selangor tu..

Memanglah tak salah bila umat Islam masuk ke gereja.. Para fuqoha pun berselisih pendapat tentang hal ni TAPI menetapkan bahawa HARAM jika umat Islam masuk ke gereja untuk menghadiri majlis keagamaan ataupun perayaan dorang..

So.., 12 mangkee yang masuk gereja semalam tu pergi untuk apa? Untuk berbuka puasa yee? Dah tak ada tempat lain ke nak berbuka puasa sampaikan sanggup makan di gereja?

Tambah pulak ada aduan dan bukti mahu memurtadkan umat Islam disitu.. Takkan pihak JAIS nak biarkan je dengan gunakan alasan yang diberi oleh Khalid Samad?

Memang bangang manusia yang bernama Khalid Samad ni.. Bila gua kata dia tu pembela gereja dan kristian, tahu pulak dia nak meroyan marah.. Tapi korang tengok sendiri lah perangai dia...


Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menegaskan pandangan Hasan Ali yang dikeluarkan petang semalam bukan pendirian PAS Selangor sekali gus memperlihatkan perpecahan yang mendalam dalam hubungan kepimpinan parti itu di peringkat negeri itu.

“Apakah penganut Kristian tidak boleh menggunakan kalimah al-Quran dan doa? Ini bukan pendirian PAS.. Ia pendirian beliau sebagai Exco yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama ” katanya lagi

“Muslim hadir di gereja bukan petanda murtad.. Datuk Seri Najib Razak menemui Pope di Vatican.. Adakah ia menunjukkan murtad ” kata Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor

Khalid menegaskan tidak kira apa juga undang-undang, Jais seharusnya hormat premis gereja dan mendapatkan waran sebelum mengambil tindakan.

Dalam kenyataannya dikeluarkan lewat petang semalam Hasan mempertahankan tindakan Jais yang menyerbu majlis makan malam Gereja Methodist Damansara Utama atas alasan ada bukti mahu memurtadkan umat Islam.

Hasan menegaskan maklumat yang diterima menunjukkan terdapat kehadiran orang Islam pada majlis berbuka puasa di gereja berkenaan.

Tambah beliau pada majlis itu juga pihaknya dimaklumkan perkataan “al-Quran” dan “doa” diselitkan pada majlis itu. Hasan menambah seramai 12 orang beragama Islam telah menghadri majlis tersebut tetapi tiada tangkapan dibuat.

Kenyataan itu berkata kesemua 12 mereka telah diarah untuk hadir di Jais bagi siasatan lanjut Mereka disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

5 ulasan :

  1. Hasan Ali memperjuangkan Islam Yang Syumul manakala kalid samad memperjuangkan Islam PAS munafik.. tentu banyak perbezaan

    BalasPadam
  2. Tahniah buat Hasan Ali. Semoga usaha dan niat murnimu itu di bantu oleh ALLAH. Aku sokong akan tindakan kamu itu wahai Hasan Ali.

    BalasPadam
  3. dah jadi boneka semua pemimpim muslim kita ni..ALLAHUAKHBAR...dah tak takut lagi pada yang MAHA ESA..islam diperkotakkatikkan je..kita jadi pemimpin haruslah berani bersuara bukan ikut telunjuk orang kafir...bila hassan ali berani ..too berani.kena pulak turun pangkat..so mana pemimpin yg berani ni..mana mana???

    BalasPadam
  4. acara berbuka pukul 10 pm sapa ajar tu..nak berbuka ke nak bersahor

    BalasPadam
  5. mohon Link Tuan

    http://pemikirpolitikjerantut.blogspot.com

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online