BREAKING NEWS

HOT!!! Majlis Agama Bukan Islam "SERANG" JAIS..


Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao hari ini mengecam tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan polis menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama ketika berlangsungnya majlis makan malam muhibah Rabu lalu dengan menegaskan, ia melanggar kebebasan rumah ibadat yang dijamin Perlembagaan.

Badan wakil agama bukan Islam itu berkata, JAIS telah memperlihatkan satu contoh bahaya, yang wajar dihentikan dan dikritik oleh kesemua pihak yang mencintai keamanan.

Majlis tersebut juga berkata.., pihaknya juga tertanya-tanya bagaimana penggunaan kalimah “al-Quran” dan “doa” dalam ucapan boleh membawa kepada umat Islam murtad sedangkan perkataan-perkataan ini digunakan setiap hari oleh rakyat Malaysia.

Bukti penggunaan doa dan kalimah Al Quran..

Menyentuh laporan dua akhbar edisi Ahad yang menggambarkan umat Islam dipujuk menganut agama lain, Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao berkata, kerajaan perlu menyiasat perkara tersebut memandangkan ia tidak menyenaraikan identiti ataupun memberi asas bagi dakwaan sedemikian

“Saksi-saksi sedemikian seharusnya disediakan bagi satu inkuiri bebas, yang wajarnya diadakan dengan segera bagi menentukan kesahihan saksi,” kata majlis lagi.

Justeru kata majlis, sekiranya laporan akhbar berkenaan didapati tidak benar, maka pihak berkuasa sewajarnya mengambil tindakan sewajar di bawah peruntukan undang-undang.

“Kesemua 120 tetamu yang menghadiri majlis makan malan muhibah pelbagai kaum wajar mendapatkan permohonan maaf daripada pihak-pihak yang melakukan serbuan.

Bukti kedua dari JAIS.

“Kerajaan semasa juga mesti tampil untuk memastikan komuniti-komuniti bukan Islam tindakan sedemikian tidak akan berulang lagi,” katanya lagi.

Dalam kenyataannya, Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao berkata, pihaknya perlu menekankan tentang usaha sistematik dan terdesak sesetengah pihak yang berkuasa sejak kebelakangan ini mencetuskan konflik di kalangan rakyat berlainan kaum dan agama.

Katanya, ada pelbagai contoh sejak awal tahun iaitu isu Interlok, Alkitab dan kononnya ada usaha mahu menjadikan Kristian agama rasmi negara serta penahanan Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar dan sekumpulan ahli dan penyokong Parti Sosialis Malaysia kononnya mahu mengadakan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong tetapi kemudian ditahan di bawah Ordinan Darurat.

“Kini dakwaan tidak berasas pula terhadap gereja mahu memurtadkan umat Islam. Tindakan-tindakan tidak berasas ini mesti dihentikan bagi mempertahankan keamanan dan keharmonian antara kaum yang wujud setengah setengah abad ini,” kata majlis ini lagi.

4 ulasan :

  1. ASssalam Bro

    Pasal apa mereka berani bercakap macam tu, sebab ada orang melayu yang mengaku islam menyokong mereka... PAS mesti tak bole nak jawab punya...?

    BalasPadam
  2. Khalid Samad bersalah beri muka kepada bukan Islam. Di Seksyen 19 Hindu kuil haram ganggu bising dikawasan penduduk sampai berani ugut penduduk. Bila penduduk minta bantuan NGO Khalid tuduh provokasi UMNO. Tulis blog dapat sokongan bukan Islam. Bila penduduk Seksyen 23 bawa kepala lembu bantah kuil Hindu sekali lagi Khalid tuduh UMNO. Khalid bela Hindu padahal kes d S19 dan S23 ini memang salah dia. Bukan Islam tidak peduli bila ganggu kawasan penduduk Islam. Tapi bila kena pada mereka melenting segera. Melayu sepatutnya bela Melayu bukan sebaliknya.

    BalasPadam
  3. umat Islam takkan kacau korang kalau korang tak murtadkan umat Islam...bodoh!!!

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online