BREAKING NEWS

HOT!!!! Ezam akan PERANGI Kristian jika terus Murtadkan Umat Islam...


Senator Ezam Mohd Nor hari ini bersumpah untuk melancarkan "perang habis-habisan" serta memberi amaran keras kepada kumpulan penganut agama Kristian sekiranya pihak pihak terbabit terus-menerus menjalankan kegiatan memurtadkan umat Islam.

“Kepada orang bukan Islam, kita tiada masalah dengan mereka, malah kita juga melindungi, menjaga dan mempertahankan mereka.

“Tapi kita ada masalah besar dengan orang bukan Islam yang kurang ajar... dengan orang bukan Islam yang biadab, dengan orang bukan Islam yang tarik orang Islam untuk keluar dan murtad,” katanya pada perhimpunan aman isu murtad pertahankan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di pekarangan Masjid Negeri, petang tadi.

Malah, beliau juga turut melancarkan "perang habis-habisan" ke atas portal berita pro pembangkang seperti Malaysiakini dan The Malaysian Insider kerana didakwa sebagai "ejen" kepada "pengkhianat Islam."

"Kita sedia berperang dengan mereka,"katanya di hadapan kira-kira 100 orang.

Perhimpunan anjuran Gerakan Cegah Murtad itu diadakan ekoran kontroversi berhubung tindakan yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya pada minggu lalu.

"Kita akan lancarkan perang habis-habisan jika mereka tidak hentikan dengan ejen mereka ,"katanya.

"Malaysiakini, The Malaysian Insider... ini adalah amaran terakhir buat mereka. Mereka ini adalah media penghianat umat Islam dan kita akan bakar mereka," katanya lagi di perhimpunan yang turut diketuai ahli parlimen bebas, Zulkifli Noordin dan exco pemuda Umno Lokman Noor Adam.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online