BREAKING NEWS

UPDATE!! Anwar sudah TAKUT dengan Zulkifli Nordin... Demo di Shah Alam..


Cabar Zul jangan tak cabar.. Tapi gua berani kerat kuku lah yang Anwar akan terima cabaran dari Zul Kulim tu..

Anwar tau, Zul dan kengkawan dia ada banyak rahsia kemungkaran yang pernah dia lakukan terutama pasal kes Saiful Bukhari..

Jadi.., ingat dia bodoh sangat ke nak panggil Zul Kulim, Zahrin, Anuar Saari, Gobalakrishnan dan juga Wee Chee Keong jadi saksi kes dia?

Ke parit lah jawabnya Anwar kalau dorang tu semua bagi keterangan di Mahkamah...


UPDATE!! Demo Anti Murtad yang dikepalai oleh Zulkifli Nordin sedang berlangsung di Masjid Shah Alam.. Gua dikhabarkan keadaan makin panas kat sana tu...

Korang WAJIB baca blog GAP dan DarulEhsanToday untuk ikuti perjalanan demo ni..

Gambar Ehsan DET..

Gambar Ehsan GAP..


Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim dan peguam bela Karpal Singh agar memanggilnya ke mahkamah sebagai saksi bagi memberi keterangan berhubung kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang itu.

Zulkifli berkata, beliau adalah saksi yang relevan untuk memberi keterangan kerana mempunyai maklumat berhubung apa yang berlaku pada hari Mohd. Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis kerana mendakwa telah diliwat Anwar dan juga beberapa maklumat lain berhubung kes itu.

Sambil mempersoalkan tindakan Anwar yang mahu memanggil Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai saksi kes liwatnya itu, Zulkifli hairan mengapa Anwar tidak memanggil beberapa individu lain yang lebih relevan untuk berbuat demikian, sebaliknya mengaitkan Perdana Menteri dan isterinya dalam kes itu.

Katanya, antara mereka yang boleh menjadi saksi bagi kes itu ialah bekas Setiausaha Sulit Anwar, Rahimi Osman dan Anuar Shaari, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor, isteri Anwar sendiri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong.

“Kenapa kami saksi-saksi yang relevan ini langsung tidak dipanggil oleh Anwar, sedangkan kami yang tahu sedikit sebanyak, malah ada yang terlibat secara langsung. Kenapa Najib dan Rosmah yang langsung tak ada kena-mengena dengan kes liwat ini hendak dipanggil sebagai saksi?” kata Zulkifli dalam blog http://zul4kulim.blogspot.com.

Katanya, banyak perkara yang boleh diceritakan kepada mahkamah sekiranya beliau dipanggil sebagai saksi untuk kes itu, termasuklah bagaimana keadaan Anwar apabila mendapat maklumat Mohd. Saiful telah membuat laporan polis kerana diliwat Anwar.

“Teman akan ceritakan macam mana Anwar pada hari Saiful membuat laporan polis itu. Teman tidak akan lupa tarikh 28 Jun 2008 itu, masih segar dalam ingatan teman.

“Teman juga nak ceritakan kepada mahkamah apa yang dibincang malam itu. Bagaimana Rahimi dibawa datang ke Quality Inn Hotel malam itu? Apa yang dia disuruh buat oleh beberapa orang tertentu pada malam itu, siapa orang tertentu itu dan apa peranan Choo Keong pada malam itu?” katanya.

Zulkifli berkata, Najib dan Rosmah tidak perlu melayan Anwar sekiranya sapina dikeluarkan terhadap mereka untuk menjadi saksi kes tersebut sebaliknya memohon supaya ia dibatalkan sahaja.

Katanya, tindakan Anwar memanggil Najib dan Rosmah bukan untuk pembelaan alibi sebaliknya mempunyai tujuan lain.

Beliau berkata, Anwar akan mencari jalan untuk menangguhkan kes itu sehingga Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana mahu bertanding dan berharap untuk menang pada pilihan raya itu. - Utusan

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online